
Sunday, January 10, 2016
Puteri UMNO Melaka Daftar Lebih 3,000 Pengundi Baharu

MELAKA : Pergerakan Puteri UMNO Melaka berjaya mendaftarkan
lebih 3,000 pengundi baharu tahun lepas dan menyasarkan lebih banyak
akan didaftarkan tahun ini, kata Ketuanya Azlieza Azizan.
Sehubungan itu, Azlieza berkata pergerakan itu sedang giat
berusaha meningkatkan pendaftaran pengundi baharu di Melaka dengan
pengisian pelbagai program yang bakal dilaksanakan.
“Kami laksanakan usaha ini melalui pegawai seranta yang dilantik di
seluruh negeri. Borang-borang keanggotaan baharu itu kami serahkan
kepada pegawai seranta.
“Sasaran seorang pegawai seranta adalah seramai 100 orang dan kami
ada 38 pegawai seranta di negeri ini,” katanya kepada pemberita, di sini
hari ini.
Azlieza berkata usaha itu juga sebagai sokongan kepada saranan Ketua
Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang juga Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Melaka bagi meningkatkan bilangan pengundi di negeri
itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment