Thursday, August 13, 2015

1MDB: Contohi Cara Bank Negara Menyiasat, Tiada Publisiti & Kontroversi, Tau-Tau Selesai

11011997_1017778894908456_2199220693337346596_n
EDITOR MENULIS...
13 OGOS 2015

Dalam sidang medianya tengahari tadi, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz antara lain mengesahkan bahawa siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam isu berkaitan 1MDB telah selesai dan hasilnya telah dihantar ke pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Beginilah yang rakyat mahukan, jalankan siasatan diam-diam, takde publisiti dan kontroversi, tau-tau laporan siasatan dah dihantar ke pejabat Peguam Negara. Ini siasatan belum selesai, dah keluar macam-macam kenyataan sehingga ada di kalangan rakyat kita yang jadi terlalu teruja sedangkan hakikatnya tak faham cerita.

Saya tuju ini kepada sebuah agensi dan pegawai-pegawai mereka yang tidak profesional (bukan semua), malah dilihat terbawa-bawa dengan emosi bila polis mengambil keterangan atas laporan yang mereka sendiri buat.

Tak sebut lagi bagaimana tergamaknya agensi berkenaan membenarkan institusi mereka dijadikan bahan politik bila menerima kunjungan hormat beberapa pemimpin pembangkang – sedangkan orang sama juga yang menghasut rakyat untuk percaya agensi berkenaanadalah pembunuh Teoh Beng Hock beberapa tahun dulu.

Zeti juga mengesahkan 7 pegawainya turut dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis (beliau bukan salah seorang daripadanya).  Menariknya, tidak pula kita dengar BNM mengadakan sembahyang hajat, membuat kenyataan kebudak-budakan dalam media dan sebagainya .

Ini pun menarik.  Bagaimana siasatan BNM boleh tidak terjejas meskipun TUJUH pegawainya dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis ketika mereka sedang giat menyiasat 1MDB sementara agensi ‘yang berkenaan’ mendakwa siasatannya terganggu bila hanya DUA orang sahaja pegawainya yang dipanggil memberikan keterangan, itu pun saya sedikit kurang faham.

Apa pun diharapkan selepas ini, agensi berkenaan dapat belajar dari dedikasi dan tahap profesionalisme tinggi yang ditunjukkan oleh BNM.  Kalau perlu hantarlah pegawai mereka berkursus di BNM tentang cara menjadi profesional yang sebenarnya, tak perlu kursus di luar negara yangm menelan belanja tinggi, faedahnya belum tentu.

Mungkin dengan cara itu, imej agensi berkenaan  dapat dipulihkan kembali seperti mana asal.

Disediakan oleh :
http://2.bp.blogspot.com/-KE37VuDycns/VHazhA5d7zI/AAAAAAAA-io/X91kxlBBXzA/s200/Ketua%2BPenerangan%2BPemuda%2BUmno%2BNegeri%2BSembilan%2BShamsul%2BAmri%2BMohd%2BKamal.JPG
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment