Thursday, August 13, 2015
SPRM Selar Malaysiakini Buat Berita Palsu
Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengkritik cara pemberitaan
Malaysiakini.com yang tidak berasas dan cuba melaga-lagakan SPRM dengan
dengan kepimpinan Perkhidmatan Awam dan agensi kerajaan yang lain.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali
menyifatkan laporan MalaysiaKini bertarikh 13 Ogos 2015 di bawah tajuk
“MACC files reports against chief sec, PSD head on transfers“, sebagai
satu tidak berasas dan bermotif tidak baik.
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dengan
sekeras-kerasnya bahawa pegawai-pegawai SPRM ada membuat laporan
terhadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di bawah
Seksyen 48 Akta SPRM 2009.”
“Sementara SPRM menghargai kerjasama daripada pihak media, SPRM juga
berharap pihak media mesti bertanggungjawab dan tidak menyiarkan
laporan-laporan yang memetik sumber yang tidak sah,” kata Mustafar Ali.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment