Thursday, August 13, 2015

Peruntukan MARRIS : Kerajaan Negeri Diminta Tampil Penjelasan Terperinci

KUALA LUMPUR : Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Menteri Besar Azmin Ali perlu memberikan penjelasan terperinci perbelanjaan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) lebih RM500 juta untuk pengetahuan umum.
http://i.ytimg.com/vi/mAVc5hzywec/maxresdefault.jpg
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor,  Zainuri Datuk Zainal berkata usaha dan langkah berkenaan amat perlu memandangkan mereka sebelum ini mewar-warkan kepada rakyat melaksanakan pemerintahan secara telus.

Justeru tegasnya bagi membuktikan ketelusan berkenaan adalah satu langkah yang tepat kerajaan negeri memberikan butiran terperinci mengenai perbelanjaan peruntukan terbabit dan ke mana wang berkenaan disalurkan untuk tatapan umum.

“Rasanya rakyat ingin tahu penjelasan terperinci mengenainya supaya tidak timbul pelbagai salah tanggapan dan pelbagai spekulasi mengenainya. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang sering melaung-laungkan ketelusan itulah jalan terbaik.

“Kerajaan negeri perlu tampil ke depan…inilah jalan yang sepatutnya. Jumlah berkenaan cukup besar dan sepanjang kerajaan negeri ditadbir oleh PKR dan sekutunya, rasa-rasanya belum lagi penjelasan mengenai penyaluran peruntukan dihebahkan kepada masayarakat umum,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan kerajaan Negeri akan menyalurkan semua peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) lebih RM500 juta ke seluruh Selangor bagi program pembangunan.

Zainuri seterusnya menambah jika peruntukan berkenaan disalurkan kepada program yang baik dan benar-benar menepati sepertimana yang dijanjikan ianya adalah dialu-alukan.

Cumanya ujar beliau biarlah segala yang disalurkan itu dan apa yang dilaksanakan dikemukakan secara jelas untuk rakyat Selangor.

“Kita tunggu apa ‘respond’ mereka dan apa tindakan kerajaan negeri dalam perkara ini. Bercakap soal ketelusan biarlah berpaksi kepada bumi yang nyata. Jangan hanya sekadar bercakap dan pelaksanaan ‘zero’,” ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment