Tuesday, August 18, 2015

20 Pemimpin Dalam Blog Tiada Kaitan Komplot Gulingkan Kerajaan - Zahid

PUTRAJAYA : Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan 20 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang disenaraikan terbabit dalam komplot untuk menggulingkan kerajaan dalam beberapa laman blog bukan orang yang didekati untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong gerakan itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, individu yang dikatakan akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu kerana terbabit dengan gerakan itu juga membatalkan pertemuan atas permintaannya sendiri kerana kediaman Perdana Menteri dihadiri ramai wartawan.

"Saya tidak tahu bila pertemuan seterusnya akan dilakukan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin (JKKPA-PATI) di Perdana Putra, sebentar tadi.

Zahid juga enggan mendedahkan nama individu berkenaan kerana ia akan mengganggu siasatan polis. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment