Tuesday, August 18, 2015
Angkuhnya..... Penganjur Bersih 4 Tetap Teruskan Perhimpunan
KUALA LUMPUR : Bersih 2.0 hari ini bertegas akan meneruskan perhimpunan
Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos seperti dirancang walaupun tidak mendapat
kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mencadangkan protes
itu ditunda ke hujung minggu berikutnya.
Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, DBKL mencadangkan perhimpunan
itu diadakan selepas sambutan Hari Merdeka dan turut mencadangkan 3
tempat lain – Taman Tasik Titiwangsa, Stadium Nasional dan Stadium
Merdeka.
"Itu mustahil kerana kami sudah pun mengumumkan tarikhnya dan tidak faham mengapa perlu diubah.
"Kami tidak akan mencampuri persediaan sambutan Merdeka kerana (perhimpunan itu) cuma berhampiran Dataran Merdeka.
"Kami tidak akan mengubah tarikh dan akan menyuraikan perhimpunan pada
tengah malam (30 Ogos)," Maria memberitahu wartawan selepas bertemu
pegawai DBKL pagi tadi.
"Apa yang kami ingin tekankan ialah, sebelum menetapkan tarikh 29 dan 30
Ogos itu, kami sebenarnya menghubungi DBKL, dan mereka mengatakan tidak
ada sebarang aktiviti (akan diadakan di Dataran Merdeka).
"Tetapi sekarang mereka memutuskan untuk mengadakan aktiviti," katanya.
Atas arahan DBKL untuk tidak mendirikan sebarang khemah, Maria berkata
mereka akan menasihati peserta perhimpunan mengenai perkara itu tetapi
tidak dapat berbuat apa-apa jika orang ramai membawa beg tidur.
"Kami boleh memberitahu orang ramai supaya tidak mendirikan khemah
tetapi kami tidak boleh memberitahu mereka jangan membawa beg tidur,
kerana itulah paling sedikit yang mereka boleh bawa," katanya.
Maria berkata, datuk bandar memberi jaminan yang DBKL dan polis akan
memudahkan dari segi mengawal lalu lintas dan orang ramai sementara
Bersih akan memberi arahan kepada peserta perhimpunan supaya menjaga
kebersihan.
Beliau berkata DBKL mahu mereka mengambil tanggungjawab penuh semasa
perhimpunan tersebut tetapi mereka enggan berbuat demikian kerana ia
tanggungjawab bersama dengan pihak berkuasa.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment