Tuesday, August 18, 2015
Krisis PAS-DAP: Kedudukan Kerajaan Selangor Rapuh
SHAH ALAM : Walaupun Speaker DUN Selangor menegaskan kedudukan bekas
parti komponen Pakatan Rakyat – PKR, PAS dan DAP – tidak berubah
berikutan krisis PAS-DAP, kerajaan negeri Selangor masih rapuh.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Zohdi berkata,
kedudukan kerajaan negeri Selangor dilihat rapuh kerana ketiga-tiga
parti komponen bekas Pakatan Rakyat terus membawa haluan masing-masing.
Katanya, walaupun Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh berkata tiada berlaku
perubahan dalam kedudukan DUN selepas tidak wujud lagi Pakatan Rakyat,
ia tetap memberi impak kepada imej Pakatan.
"Rakyat harus sedar melihat ini bagaimana melihat sebuah negeri yang
rapuh, yang mana mereka ini boleh runtuh pada bila-bila masa sahaja
berdasarkan kepada sejauh mana menteri besar boleh menerima tekanan.
"Yang kita sedia maklum pihak DAP terutamanya Lim Guan Eng kerap
mendesak menteri besar menyatakan pendirian bagaimana hubungan pakatan
ini, PKR dengan PAS," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh
yang menegaskan tiada perubahan kerusi berlaku antara PAS, PKR dan DAP
dalam DUN Selangor walaupun gabungan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.
Terdahulu Hannah memberitahu kedudukan kerusi untuk PAS, PKR dan DAP juga masing-masing kekal 15, 13 dan 15.
Yeoh berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang notis
perubahan kerusi daripada mana-mana pihak termasuk PAS, sekali gus
menolak spekulasi DUN bakal digantung.
Dalam perkembangan yang sama, Budiman mendesak supaya Menteri Besar
Selangor, Mohamed Azmin Ali menyatakan pendiriannya berhubung kemelut
yang melanda Pakatan Rakyat.
Tambahan katanya apabila DAP kini mengambil pendekatan memutuskan
hubungan dengan PAS akan datang ada lagi parti serpihan yang dinamakan
Gerakan Harapan Baru.
"Kita pun semenjak bermula daripada hari ini mempersoalkan adakah Azmin
punya keberanian politik dalam dia menyatakan pendirian dia?
"Dan sepanjang bersidang ini, kita tidak dengar pendirian ini" katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment