Tuesday, August 18, 2015
Jadilah Jantan... Keluar Dari PAS - MB Kelantan
Golongan yang kini menjadi ‘duri dalam daging’ di dalam PAS sepatutnya
perlu bersikap ‘jantan’ dengan keluar dari parti itu, kata Menteri Besar
Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Menurutnya Malaysia adalah negara demokrasi dan sekiranya mereka mahu
menubuhkan parti baru, lebih baik isytiharkan keluar parti sahaja.
“Bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi keadaan seperti ini lebih
baik isytiharkan kerana mereka secara ‘gentleman’ boleh mengemukakan
apa-apa dasar.
“Selepas itu barulah kita dapat mengetahui dengan jelas strategi politik
mereka dan dasar yang ingin diperjuangkan,” katanya ditemui pada majlis
perasmian Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darul Naim, di Kota Bharu
Selasa.
Mengulas mengenai hubungan dengan parti serpihan PAS itu sekiranya
terlaksana penubuhannya, Ahmad Yakob berkata perkara itu akan
dibincangkan kemudian termasuk apa tujuan dan objektif mereka.
Katanya, Gerakan Harapan Baru (GHB) masih belum wujud dan amat sukar
untuk membuat sebarang ulasan apatah lagi apa dasar yang dibawa mereka.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai hukuman yang bakal
dikenakan kepada ahli PAS yang terbabit dengan GHB pula, Ahmad Yakob
berkata isu itu sebenarnya sedang disiasat di mana semua laporan sudah
dihantar kepada Jawatankuasa PAS Pusat.
“Jawatankuasa terbabit yang akan menilai dan membuat siasatan dan
sekiranya terbukti mereka melakukan sesuatu yang merugikan parti mereka
akan berhadapan dengan tindakan,” katanya.
Sementara itu,mengulas mengenai pembabitan ahli PAS dalam demonstrasi
beliau bagaimanapun menjelaskan setakat ini tiada arahan daripada pihak
tertinggi parti.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment