Tuesday, August 18, 2015
Apa Yang Cuba Disembunyikan Di Sebalik DEIG?
Tanda tanya kini berlegar di kalangan pembuat dasar dalam negeri
Selangor selepas bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri mewujudkan Darul Ehsan
Investment Group (DEIG).
DEIG sebuah entiti pelaburan baru di bawah seliaan Menteri Besar
Incorporated (MBI) yang menimbulkan lagi kecelaruan pentadbiran kerajaan
negeri.
Menurut ADUN BN Sungai Panjang, Budiman Zohdi DEIG yang berperanan
sebagai badan pemegang hartanah dan amanah kerajaan negeri, yang
kononnya mengelakkan pertindihan organisasi.
"Persoalannya kenapa perlu ditubuhkan entiti lain? Mengapa tidak MBI itu
sendiri diperbetulkan dan diperjelaskan. Menubuhkan entiti lain
timbulkan banyak persepsi, dalam keadaan ia ditubuh melalui Akta
Syarikat 1967 dan ia boleh membuat pinjaman dan tidak perlu melapor
terus kepada kerajaan negeri," katanya di sidang media di Lobi DUN
Selangor, sebentar tadi.
Malah Barisan Nasional (BN) menyuarakan kebimbangannya apakah DEIG akan
membuat pinjaman dari pihak lain, termasuk kerajaan negeri.
"Apabila DEIG ditubuhkan di bawah akta syarikat, ia tidka perlu diaudit
oleh kerajaan negeru dan tidak ada tanggungjawab untuk laporkan kepada
Dewan. Ia berbeza dengan MBI. Lebih membimbangkan apabila ia ditubuhkan
di bawah akta syarikat, maka ia boleh membuat pinjaman, dan jika ia
tidka diurus dengan baik boleh menyebabkan (kesan) aset-aset pelaburan
kerajaan negeri.
"Sama ada mereka buat pinjaman atau tidak, tetapi sebagai sebuah
syarikat yang didaftarkan di bawah akta syarikat, ia dibenarkan untuk
membuat pinjaman, walaupun ia perkara lain.," kata Budiman lagi.
Bukan sahaja BN, beberapa ADUN daripada DAP juga menyuarakan kebimbangan mereka tentang penubuhan DEIG.
Mereka membangkitkan apakah langkah yang diambil oleh entiti pelaburan
yang baru berkenaan setelah ia bebas dari audit dan tidak perlu
melaporkan kepada DUN.
"Beliau berkata DEIG ditubuhkan untuk mengukuhkan aset (pelaburan) dan
menyusun semula kesemua anak-anak syarikat kerajaan negeri yang berada
di bawah MBI. Kesemua jumlah aset adalah RM6.3 bilion.
"Kita amat prihatin dengan penubuhan DEIG tanpa enakmen tertentu.
Sebelum ini ia diuruskan oleh MBI, dan kini ia melalui DEIG. Dan ia
tidak akan bertanggungjawab kepada Dewan," demikian menurut ADUN
Damansara Utama, Yeo Bee Yin.
"Sebagai sebuah syarikat (SDN BHD), mereka tidak perlu bentangkan
laporan kewangan kepada dewan tapi bertanggungjawab kepada lembaga
pengarah. Namun kami rasa ia perlu dikaji semula mengenai mekanismenya.
"Jika kita bercakap tentang penyusunan semula, apakah kita perlu ada
DEIG atau hanya perbetulkan MBI? Inilah kebimbangan kita," kata ADUN
Balakong, Eddie Ng Tien Chee.
DEIG merupakan hasil rasionalisasi semula aset dan perubahan strategik
perniagaan anak-anak syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor dan
berperanan sebagai sebuah Badan Pemegang Hartanah dan amanah Kerajaan
Negeri.
Sejak beberapa bulan lalu, MBI telah melaksanakan penstrukturan semula
aset-aset syarikat milik negeri (GLC) dan menyelaraskan strategi
perniagaan anak syarikat untuk penciptaan nilai yang mampan (sustainable
value creation).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment