Tuesday, August 18, 2015
Pertemuan Ketua Komplot Dengan PM Batal... Ini Sebabnya
Ramai yang tertanya-tanya apa jadi pada pertemuan ketua komplot guling
kerajaan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang sepatutnya berlangsung
jam 6 petang Ahad kelmarin.
Ini jawapan bila wartawan korek dari Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri
Zahid Hamidi sewaktu sidang akhbar selepas satu mesyuarat di Putrajaya
petang Selasa.
"Saya ingin nyatakan bahawa perjumpaan orang tertentu dengan Perdana
Menteri yang sepatutnya diadakan pada jam 6 petang hari Ahad telah
dibatalkan atas permintaan individu itu sendiri
Ditanya adakah orang itu memberi sebab nak batal,Zahid kata," Ada. Sebab wartawan ramai tunggu dia."
Timbalan Perdana Menteri menjelaskan wartawan telah berkumpul di
kediaman peribadi Perdana Menteri di Jalan Duta dan di kediaman rasmi di
Seri Perdana,Putrajaya untuk melihat siapakah orang itu.
"Maka atas permintaan individu itu temu janji telah dibatalkan,"katanya.
Zahid berkata pertemuan antara orang itu dengan Perdana Menteri pasti
akan diadakan kemudian,namun beliau tidak tahu bila pertemuan yang baru
akan diadakan.
Wartawan kemudian bertanya kenapa polis tidak tahan orang yang mengetuai komplot yang nak jumpa Perdana Menteri itu?
Zahid jawab : " Ada laporan yang telah dibuat kepada pihak polis
sebagaimana telah dinyatakan olehKetua Polis negarasemalam dan prosesnya
ialah apabila laporan telah dibuat, maka penyiasatan dilakukan.
Kertas siasatan telah dibuka dan apabila siap ia akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan pertuduhan.
Dalam hal ini saya ingin menyatakan bahawa saya telah menyerahkan
seluruh maklumat itu kepada pihak polis untuk melakukan siasatan dan
bagi pihak Peguam Negara untuk membuka kertas pertuduhan."
Ditanya pula berapa ramai sebenarnya mereka yang terlibat dalam komplot
itu,beliau berkata itu kena tanya pihak polis setelah siasatan
sepenuhnya dilakukan.
Mengenai desakan NGO dan sebagainya agar beliau dedahkan nama
mereka,Timbalan Perdana Menteri kata, " Tidak boleh didedahkan sebab
kalau didedahkan maka ia akan membantutkan proses siasatan.
"Tetapi saya ingin menyatakan tidak ada seorang pun daripada 20 nama
Ahli Parlimen BN sebagaimana terpapar di dalam blog tertentu ( semalam)
yang telah didekati untuk dibeli bagi menandatangani akuan bersumpah
itu.
"Saya ingin mengesahkan tidak ada seorangpun daripada 20 itu yang telah
menandatangani akuan bersumpah berkenaan. Oleh sebab itu clear kanlah
nama mereka."
Ditanya pula mengenai cakap-cakap yang tersebar kononnya Ahli Parlimen
Gua Musang ,Tengku razaleigh Hamzah salah seorang ahli komplot itu,Zahid
cuma kata," saya serahkan pada pihak polis untuk mengenalpasti dan
melakukan siasatan."
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment