Tuesday, August 18, 2015
Panda Di Zoo Negara Melahirkan Anak
PETALING JAYA : Kita akhirnya mempunyai anak panda! Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi berita baik bahawa
Liang Liang telah melahirkan anak melalui akaun Facebook dan Twitternya
pada Selasa .
Najib mengumumkan: Gembira mendapat berita bahawa Liang Liang, panda di
Zoo Negara, telah selamat melahirkan seekor anak pada 1.45 tengah hari
tadi.
Pada 11 Julai, dikatakan bahawa pasangan panda gergasi Xing Xing dan
Liang Liang tidak dapat mengawan buat kali kedua selepas setahun di
ditempatkan di kandang mereka di Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi (GPCC)
di Zoo Negara.
Pengarah Veterinar dan Zoologi GPCC Dr Mat Naim Ramli berkata Xing Xing
kelihatan seperti tidak mahu untuk menerima kehadiran Liang Liang.
Pasangan dari Chengdu, China, ini telah dipinjamkan melalui program
kerjasama antarabangsa dengan China dan tiba di Malaysia pada 21 Mei
tahun lepas.
Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 2012, memberikan Malaysia
peluang untuk menjalankan penyelidikan berkaitan pemuliharaan panda ,
selain membangunkan kepakaran tempatan terhadap panda dalam tempoh 10
tahun.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment