Tuesday, August 18, 2015
Selangor Cadang Hapuskan Air Percuma Yang Dijanjikan Dalam Manifesto PR
Pemberian 20 liter air percuma adalah janji Pakatan sebelum pilihanraya
umum ke 13 lalu, ia kesinambungan dari menifesto Pakatan pada PRU12 yang
menyaksikan gabungan tiga parti PKR, PAS dan DAP mengambil alih
pemerintahan negeri termaju di Malaysia itu.
Apabila sebut air percuma orang akan ingat bekas MB Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim, ia merupakan legasi dan kini kerajaan negeri pimpinan MB Azmin
Ali mahu menghapuskannya.
Menurut Azmin, Kerajaan Selangor bercadang untuk meneliti semula
skimtersebut berikutan terdapat rakyat menggunakan air percuma itu bagi
tujuan lain seperti berkebun dan kolam renang.
“Sedangkan rakyat miskin yang tidak ada kolam air tidak mendapat manfaat,” katanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim mengenai sama ada kerajaan negeri
akan teruskan program pemberian air percuma selepas penstrukturan air
Selangor dimuktamadkan.
Sehubungan itu, kajian itu akan dibahaskan dalam sidang akan datang ketika pembentangan Bajet 2016.
“Tetapi setakat ini belum ada hasrat untuk batalkan. Kita akan kaji
apakah program ini dapat diperbaiki supaya kumpulan sasaran dapat
manfaat perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan negeri,” katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment