Monday, August 24, 2015
4S Pastikan Survival UMNO – Ahmad Maslan
PEKAN : Anggota UMNO diminta menerapkan konsep 4S dalam
berhadapan situasi politik negara yang semakin mencabar pada pada kini
untuk memastikan survival parti.
Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan yang membuat gesaan itu
berkata, 4S berkenaan adalah setia, sepakat, strategi dan
sungguh-sungguh.
“Kita perlu setia dan sepakat pada perjuangan parti, dan dalam masa
yang sama kita perlukan strategi untuk mendepani rakyat yang perlu
dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
“Dalam keadaan politik yang mencabar pada masa kini, kita hanya
perlukan satu nakhoda sahaja, kita tidak boleh meredah gelombang yang
mencabar kalau ada dua, tiga nakhoda dalam satu kapal.
“Orang dalam kapal pulak jangan menjadi penebuk lubang kapal,
sepatutnya menjadi penampal lubang,” katanya kepada pemberita selepas
merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Pekan di sini hari
ini.
Bagaimanapun beliau yakin, usaha segelintir pihak tertentu untuk
menenggelamkan bahtera parti UMNO tidak akan berjaya kerana ramai yang
akan membantu untuk menampal lubang yang ditebuk oleh pihak berkenaan.
“Dahulu cabaran kita berbeza kerana tidak ada media sosial, sekarang orang muda perlu didekati dengan media sosial positif.
“Jadi Pemuda perlu tampil pertahankan parti dan memain peranan
menjadi “pahlawan papan kekunci” (menerusi laman sosial) seperti yang
dikehendaki oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.
Dalam masa yang sama, Ahmad berkata anggota UMNO juga perlu bijak
membangkitkan kembali kisah-kisah kejayaan dan sumbangan kerajaan di
bawah pimpinan Najib seperti produk 1Malaysia yang telah banyak membantu
rakyat.
“Dalam satu kertas putih, kalau ada dua tiga titik hitam di atasnya,
janganlah kita ceritakan atau perbesarkannya sampai lupa warna putih
yang masih meliputi kertas itu,” kiasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment