Monday, August 24, 2015
Jangan Sertai Perhimpunan Bersih 4.0 Di Padang Merdeka – Ketua Polis Sarawak
KUCHING : Orang ramai dinasihat supaya tidak menyertai
perhimpunan Bersih 4.0 di Padang Merdeka di sini mulai pukul 2 petang
pada 29 Ogos untuk mengelakkan tindakan diambil terhadap mereka.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Sri Muhammad Sabtu Osman memberikan nasihat itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad telah
dimaklumkan mengenai rancangan untuk menganjurkan perhimpunan di sana
oleh penganjurnya Nicholas Mujah Anson.
“Roslan kemudian merujukkan perkara itu kepada kerajaan negeri, yang
memutuskan untuk tidak membenarkan Padang Merdeka digunakan pada tarikh
dan masa itu.
“Justeru, oleh kerana pihak penganjur gagal mendapat kebenaran, polis tidak membenarkan perhimpunan diadakan di sana,” katanya.
Muhammad Sabtu berkata polis akan bertindak untuk menguatkuasakan
undang-undang jika orang ramai atau pihak penganjur gagal mematuhi
nasihat tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment