Saturday, August 15, 2015

Ada Pemimpin UMNO Yang Buat Konspirasi Jatuhkan Perdana Menteri...

Seorang pemimpin Umno sedang mengetuai gerakan untuk menjatuhkan kerajaan melalui "pintu belakang" dengan sokongan ahli Parlimen pembangkang, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Naib presiden Umno itu berkata, sebagai timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri, beliau difahamkan, mereka sedang menyediakan akaun bersumpah (SD) untuk menggulingkan kerajaan. 

"Terdapat usaha mendapatkan SD di kalangan ahli Parlimen pembangkang untuk menarik ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan kerajaan melalui pintu belakang. 

"Saya dapat maklumat ini daripada sumber boleh dipercayai. Ini usaha yang sedang dijalankan... peliknya, ia diketuai Umno, ahli BN," kata Zahid semasa merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Ampang.

“Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya dapat tahu ada usaha untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih melalui demokrasi. 

“Herannya diketuai oleh pemimpin Umno dan BN. Saya tidak akan pernah mengizinkan perkara ini berlaku,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Ampang, di sini hari ini. 

Jelasnya lagi, usaha berkenaan diketahui melalui maklumat yang disampaikan kepada beliau oleh sumber-sumber yang kukuh dan boleh dipercayai. 

Zahid menambah, gerakan itu dikatakan untuk mengumpulkan sokongan dari ahli-ahli parlimen pembangkang dan juga BN melalui akuan bersumpah bagi membolehkan kerajaan yang kini dipimpin BN digulingkan. 

“Ada tokoh-tokoh tertentu dan didalangi tokoh-tokoh tertentu juga untuk dapatkan akuan bersumpah di kalangan ahli parlimen pembangkang dan juga cuba menarik ahli-ahli parlimen BN untuk tumbangkan kerajaan sedia ada melalui pintu belakang. 

“Saya dapat maklumat, dari sumber-sumber yang sangat dipercayai dan usaha ini sedang berjalan. Kononnya 87 pembangkang dan satu bebas mereka sedang berusaha termasuk menarik ahli parlimen BN untuk menyokong mereka,” tambah beliau. 

“Saya minta kepimpinan akar umbi dan di peringkat nasional bangun bagi memastikan perkara ini tidak terjadi. 

“Ini akan menyebabkan gelojak politik nasional. Mereka tak sanggup tunggu PRU (pilihan raya umum), mereka nak masuk ikut pintu belakang,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh itu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment