Saturday, August 15, 2015

2 Pelajar UIA Kena Gantung Pengajian Sebab Taksub Pada Rafizi

DAP mengutuk  sekeras-kerasnya tindakan pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menggantung pengajian dua pemimpin mahasiswa selama dua semester semata-mata kerana menganjurkan forum GST pada 11 Mei yang lalu.

Sehubungan itu, Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY) Kebangsaan, Teo Kok Seong, mahu pentadbiran UIA menarik balik keputusan penggantungan itu agar mereka dapat meneruskan pelajaran tanpa sebarang halangan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata penggantungan terhadap Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUIA), Hanif Mahpa dan Pengerusi Sekretariat Akademik dan Intelektual MPPUIA, Afiqah Zulkifli menunjukkan bahawa pihak pentadbiran langsung tidak menghormati kebebasan mahasiswa.

Katanya, beliau tidak nampak sebarang unsur kesalahan bagi kedua-dua pemimpin mahasiswa yang menjemput Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, sebagai seorang penceramah untuk menerangkan impak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap rakyat.

“Bagaimanapun, tindakan UIA telah pun mencerminkan wajah sebenar kerajaan Barisan Nasional yang tidak menghormati suara rakyat.

“Jadi anak-anak muda janganlah dipengaruhi atau diperdaya oleh program-program kerajaan BN yang dilihat mendekati anak muda. Kalau kerajaan menghargai pandangan anak muda, insiden yang sebegini tidak sepatutnya berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam program 11 Mei itu, program yang sepatutnya diadakan di dalam dewan terpaksa dibuat di kawasan ruang terbuka kerana pihak pentadbiran melarang penggunaan dewan tersebut.

Sewaktu Rafizi berucap, seorang pengawal keselamatan UIA telah merampas mikrofon yang digunakannya dan memaksa para pelajar bersurai dari tempat tersebut.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment