Saturday, August 15, 2015

Parti Mat Sabu CABAR PAS Lawan Siapa Lebih Jantan di PRU14

Penyelaras Gerakan Harapan Baru (GHB) Selangor, Ir Izham Hashim menyatakan GHB telah bersedia untuk menentang Pas pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata, bagaimanapun kesediaan GHB untuk menentang bukan bermaksud GHB akan mencabar setiap kerusi yang ditandingi Pas, sebaliknya bergantung pada rundingan bersama Pakatan Rakyat 2.0.

Jelasnya, lagipun musuh utama GHB ialah Umno/ BN dan ingin menumpaskan parti tersebut berbanding parti Islam itu, tetapi GHB sedia menentang Pas pada PRU akan datang.

"Saya tidak boleh kata secara khusus Harapan Baru akan mencabar setiap kerusi ditandingi Pas. Ia bergantung pada keadaan jika boleh kita cuba untuk minimumkan masalah kerana matlamat utama menumpaskan BN.

"Bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pertembungan dengan Pas akan berlaku dalam pilihan raya akan datang. Bergantung pada keadaan dan keperluan situasi akan datang," kata Izham.

Izham yang mengulas mengenai ahli Pas yang ingin menyertai GHB berkata, GHB tidak akan memaksa atau memujuk mana-mana ahli Pas untuk menyertai, tetapi perlu diingatkan jika masih setia bersama Pas sejauh mana perjuangan  parti Islam itu mampu pergi.

"Wujud dikalangan Adun Pas Selangor yang secara tidak terbuka menyatakan minat untuk menyertai Harapan Baru. Mereka boleh fikir sendiri demi kerjaya politik pada masa akan datang," katanya.

Amboi... tak sampai setahun jagung lagi dah berani cabar Pas untuk sama-sama bertanding berebut kerusi pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Kuat dah ke parti Gerakan Harapan Baru (GHB) ni sampai berani cabar Pas??

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment