Saturday, August 15, 2015
PKR Mengaku Kaki Fitnah Dan Kaki Putarbelit
PKR hari ini memhohon maaf kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mengeluarkan dokumen yang memfitnah beliau.
Kenyataan permohonan maaf secara terbuka itu dibacakan oleh Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, M Gunalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.
Gunalan telah merekodkan kenyataan permohonan maaf yang dibacakan Saufuddin dan permohonan maaf itu dipersetujui kedua-dua pihak.
"Dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah seorang yang korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salah laku dan tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor.
"Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta tanpa syarat memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mahkamah Mulia ini bahawa kenyataan-kenyataan tersebuttidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan daripada menyatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan-tuduhan dalam dokumen tersebut dan apa-apa kandungan yang berkaitan dengan dokumen tersebut," kata Saifuddin dan direkodkan oleh Gunalan.
Khalid memfailkan saman terhadap Saifuffin dan PKR pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen 'Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor' bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.
Ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin PKR sering kali melakukan fitnah terhadap pemimpin kerajaan dan perkara ini dibuktikan apabila mereka sanggup memfitnah pemimpin mereka sendiri demi memberi laluan kepada Ketua Umum mereka untuk menjadi Menteri Besar.
Tiada lagi yang perlu dibuktikan bahawa pemimpin PKR ini sememangnya kaki putar belit dan fitnah sama seperti ketua mereka yang pandai melemparkan fitnah terhadap kerajaan untuk memohon simpati orang ramai.
Walhal, orang sudah pun mengenali siapa diri mereka yang sebenar dan apa sebenar perjuangan sebenar PKR.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment