Saturday, August 15, 2015
Wan Azizah Bagi AMARAN.., Jangan Kutuk Gambar Makan Nasi Lemak Dalam ETS
Isteri Ketua Pembangkang, Wan Azizah Ismail meminta semua pihak agar tidak membesar-besarkan tindakan beliau yang makan di dalam tren komuter ke Ipoh, pada 12 Ogos lalu.
Selain memberi amaran kepada pengguna media sosial yang memprovokasi gambar tersebut, Wan Azizah juga mendakwa telah mendapat kebenaran dari Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk makan di dalam koc.
Didalam kenyataan berkenaan, Wan Azizah juga menceritakan mengenai ETS yang sepatutnya dinaiki beliau untuk ke Ipoh dari stesen KL Sentral mengalami kerosakan teknikal dan terpaksa ditukar kepada koc biasa.
“Asalnya, kita naik ETS tetapi koc itu rosak, maka ditukar kepada yang biasa.
“Saya hanya makan sebungkus nasi lemak dan bersihkan selepas itu, bahkan mendapat kebenaran daripada pengurusan KTMB ketika itu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Jelajah Amanat Presiden di TH Hotel & Convention Centre, dekat sini, semalam.
Tindakan itu turut dipertahankan Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin yang mengatakan makan di dalam ETS bukan isu besar kerana ia dibenarkan.
“Jangan besarkan perkara ini. Makan di dalam kereta api jadi isu, makan rasuah tidak pula jadi isu,” katanya.
Terdahulu, Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang memuat naik fotonya sedang menjamu selera di dalam komuter sewaktu perjalanan ke Ipoh.
Tindakan itu menyebabkan gambarnya di’troll’ dan menjadi viral serta dikecam pengguna laman sosial.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment