Tuesday, August 25, 2015
Adenan Jamin Tidak Ada Anggota Parlimen Sarawak Terlibat Jatuhkan Kerajaan
KUCHING : Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari
ini berkata beliau boleh memberi jaminan bahawa tidak ada Anggota
Parlimen dari Sarawak terlibat dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan
kerajaan persekutuan.
Adenan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan
Persidangan TVET Sedunia 2015 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini
hari ini.
Apabila ditanya apakah benar semua Anggota Parlimen Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu (PBB) telah menandatangani surat taat setia kepada
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Adenan selaku pengerusi PBB
yang merupakan parti utama komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak,
bagaimanapun tidak memberi jawapan yang jelas PBB merupakan parti kedua terbesar dalam BN selepas UMNO, berdasarkan jumlah Anggota Parlimen.
Sebuah portal berita melaporkan kesemua Anggota Parlimen PBB berada
di Putrajaya pada Sabtu lalu untuk menandatangani surat berkenaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment