Tuesday, August 25, 2015
DEIG-Tony Pua Digesa Jalankan Tanggungjawab Sebagai Anggota PAC
GEORGE TOWN : Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua
hari ini digesa menjalankan tanggungjawab sebagai anggota panel
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk menyiasat penubuhan Darul
Ehsan Investment Group (DEIG).
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
berkata Tony melakukan apa yang patut di peringkat kebangsaan berhubung
1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan seharusnya melakukan perkara
sama dalam kes DEIG.
“Saya yakin beliau akan dapat melakukan perkara yang sama lebih-lebih
lagi ini melibatkan dana RM30.3 bilion,” katanya kepada pemberita di
sini hari ini.
Reezal yang juga Timbalan Menteri Luar berkata siasatan itu penting
bagi rakyat khususnya masyarakat Selangor memandangkan ia melibatkan
khazanah dan wang negeri berkenaan.
“Saya harap mereka akan menunjukkan ketelusan dan kejujuran kerajaan negeri dalam menguruskan dana itu,” katanya.
Minggu lepas, beberapa anggota Dewan Undangan Negeri termasuk bekas
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan
kebimbangan terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang akan mengambil alih
peranan MBI dalam menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah
perbadanan itu.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali semasa menjelaskan perkara
itu pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, dilaporkan berkata DEIG,
yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI, ditubuhkan Disember lepas untuk
memberi fokus kepada sector pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata.
Terdahulu, Reezal menghantar kumpulan pertama 277 jemaah haji dari Pulau Pinang berlepas ke Mekah di Hotel Tabung Haji di sini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment