Monday, August 17, 2015
Ahli PKR Keluar Parti Sertai PBB
KUCHING : Seramai 30 orang ahli PKR telah menyertai PBB diketuai oleh
Ketua Penerangan PKR Batu Kawa, Razak Juli di kauter pendaftaran Dewan
Serbaguna Kampung Sebuak, Landeh semalam.
Pada masa yang sama PBB turut menerima 25 kemasukan ahli baru semasa
majlis Ramah Tamah Aidilfitri PBB Cawangan N13 Batu Kawa itu.
Dato' Ahmad Ibrahim selaku Ketua Cawangan PBB N13 Batu Kawa
berkata,"Kita berusaha untuk mempertingkatkan keahlian parti PBB
terutamanya genarasi muda agar memilih parti yg tepat untuk mewakili
suara mereka dalam politik".
Beliau turut menyeru semua masyarakat, khasnya keluarga besar BN
seiringan bersama kearah sehaluan tanpa mengira bangsa, menuju kearah
kejayaan dan kemajuan bersama.
Majlis yang turut dihadiri oleh YB Hajah Nancy Shukri turut menyaksikan
acara penyerahan surat perlantikan Dato Ahmad sebagai penolong pengarah
jentera pilihanraya untuk P.196 Stampin oleh En Tan Joo Phoi.
Turut diadakan acara penyerahan surat perlantikan Ketua Kaum kepada 5 orang Ketua Kaum di kawasan Batu Kawa.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment