Monday, August 17, 2015
Ahli UMNO Jangan Jadi Tukang Viral Fitnah...
14 Ogos 2015, Batu Pahat : Ahli Umno termasuklah di peringkat akar umbi,
diingat tidak berperanan menjadi ‘tukang viral’, dengan mempercayai
cerita fitnah di media sosial dal sesuatu isu yang berlaku.
Mereka juga diingat supaya dapat menggunakan media berkenaan
sebagai’platform’ terbaik untuk memperbaiki parti dengan mempertingkat
penggunaan media sosial untuk memerangi berita palsu yang tersebar.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ahli
Umno perlulah berperanan untuk menjadi pembela parti dan bukannya
membantu menjadi ‘tukang viral’ dalam isu yang melibatkan parti.
Katanya, media sosial kini telah menjadi ‘senjata’ paling hebat yang
boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan sekiranya ia tidak ditangani dengan
cara yang luar biasa.
"Ternyata media sosial merupakan senjata yang boleh menjatuhkan sesebuah
kerajaan sekiranya tidak ditangani dengan cara yang luar biasa, kerana
ia telah digunakan dengan cara yang luar biasa oleh individu tak
bertanggungjawab.
"Maklumat yang disampaikan menerusi platform ini boleh dimanipulasikan
sehingga mempengaruhi rakyat supaya percaya sesuatu perkara yang palsu
sebagai yang benar," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan
Umno Bahagian Batu Pahat, hari ini.
Mohd Puad yang juga Ketua Umno Bahagian Batu Pahat berkata, Umno
perlulah menguasai media sosial dengan cara yang luar biasa, dengan
menjawab dengan pantas dan tepat dalam isu yang menjadi fitnah kepada
parti dan pemimpin.
Katanya, akibat penggunaan media sosial yang luar biasa ini, Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini menjadi pemimpin yang
'dicederakan' seteruk-teruknya sehingga memberi kesan kepada kerajaan
dan parti.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment