Monday, August 17, 2015
PM Mampu Tangkis Serangan... Mereka Tak Akan Henti Selagi Tak..... Buruknya Perangai
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak diyakini mampu menghadapi
serangan sama ada dari dalam atau luar parti sendiri untuk
menjatuhkannya secara sistematik.
Keyakinan itu disuarakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris
Haron yang melihat kewibawaan Najib yang juga Perdana Menteri apabila
berdepan dengan cabaran selaku pemimpin nombor satu negara.
Menurutnya, kenyataan Najib yang menegaskan beliau tidak akan berganjak
walau seinci dalam melawan pihak yang cuba menjatuhkannya menjadi ubat
yang mujarab kepada semua ahli UMNO.
‘‘Kita harus terima kenyataan yang cabaran terhadap UMNO dan pemimpinnya
datang dari pelbagai sudut sama ada dalaman atau luaran.
‘‘Namun, kita yakin dengan kewibawaan Perdana Menteri yang tetap teguh
serta dilihat lebih kuat berbanding pemimpin sebelum ini,’’ katanya
kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian
Tasek Gelugor di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya.
Tambah Idris, beliau tidak menolak kenyataan Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengesahkan wujud gerakan
tersusun menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui undi tidak
percaya di Parlimen.
Jelas Ketua Menteri Melaka berkenaan, apa yang utama adalah solidariti
dalam kalangan ahli UMNO sendiri untuk terus teguh di belakang Perdana
Menteri serta terus istiqamah berbakti kepada rakyat.
Selain itu, katanya, setiap ahli juga harus bijak menilai realiti dan
menghadapi persepsi yang dibangkitkan terutama oleh pembangkang yang
mahu melihat kemakmuran negara tergugat.
‘‘Semangat solidariti yang ada harus dikekalkan agar kita dapat
bersama-sama menghadapi persepsi yang dilontarkan yang mana negara
sedang menghadapi krisis sedangkan realitinya adalah berbeza.
‘‘Oleh itu, saya mahu UMNO Bahagian Tasek Gelugor hari ini menjadi
contoh kepada bahagian lain untuk merampas kembali negeri ini dan
ditadbir oleh Barisan Nasional (BN),’’ ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment