Monday, August 17, 2015
Krisis UMNO Sekarang Adalah Ujian Allah
Setengah melihat dari aspek keduniaan tetapi Menteri Besar Perak Datuk
Seri Dr.Zambry Abd Kadir melihat sebaliknya serta menganggap “krisis”
yang melanda UMNO pada masa sekarang adalah sebahagian ujian dari
Allah.
UMNO katanya bukannya tidak pernah melalui cabaran dan kegetiran malah
UMNO tampil kuat dan bertenaga setelah melalui pelbagai ujian sama ada
ujian itu datang dari luar mahupun melibatkan ujian dari dalam.
Beliau menambah setiap ujian yang menimpa UMNO membuatkan parti semakin
bertambah matang dan hari ini seperti kita lihat UMNO masih kekal kuat.
Katanya ketika merasmi mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Dungun di
Dungun pada hari Sabtu.
Justeru bagi yang skeptis, beliau menasihatkan ahli-ahli UMNO perlu
melihat segala masalah dan krisis yang melanda parti itu secara positif
kerana ia bukanlah perkara asing kepada UMNO sejak ia ditubuhkan pada
1946.
Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata parti itu pernah
menghadapi pelbagai ujian dan krisis, namun ia sedikit pun tidak
menghalangnya untuk terus kekal releven sebagai parti utama dalam
kerajaan hari ini.
"UMNO melalui pelbagai ujian dan cabaran sejak ditubuhkan pada 1946
sehinggalah ke hari ini, namun setiap kali kita diuji, kita boleh lihat
pada masa itulah kita kekal bersatu, itulah hikmah kepada UMNO,"
katanya.
Menteri Besar Perak itu berkata UMNO menjadi kuat kerana telah banyak
menempuh ujian dan cabaran, bukan sahaja dari luar malah dalam parti itu
sendiri.
Menurut Dr.Zambry, ahli-ahli UMNO perlu lebih kuat dan bersemangat serta
menjadikan segala krisis dan ujian sebagai panduan untuk terus mara ke
hadapan sejajar dengan asas perjuangan parti untuk membela bangsa dan
agama.
Katanya UMNO sebenarnya menjadi lebih kuat setiap kali mereka berhadapan
sesuatu krisis dan ia terbukti dalam senario politik di Terengganu dan
Perak yang pernah jatuh kepada parti pembangkang.
Dalam konteks sama beliau berkata ketika dua negeri itu ditadbir oleh
pembangkang, UMNO dan bangsa Melayu kembali bangkit bersatu.
"Terengganu dan Perak boleh saya kata senasib, kita pernah kalah,
Terengganu pada 1999 dan Perak 2004... bila kita kalah kita bangkit
semula hari ini," katanya.
Beliau berkata slogan 'Gelombang Biru' yang bermula di Terengganu perlu
dibangkitkan semula sebagaimana semangat itu pernah melanda seluruh
negara pada Pilihan Raya Umum 2004.
"Saya yakin apa yang berlaku kepada Umno hari ini adalah ujian dan takdir daripada Allah kepada kita," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment