Friday, August 21, 2015
Anggota UMNO Perlu Pertahan Pemimpin Daripada Serangan Pembangkang
21 Ogos 2015, Besut : Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob berkata serangan politik ke atas Perdana Menteri
Datuk Seri Najib
Tun Razak selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) hari
ini perlu ditangkis oleh semua anggota UMNO di setiap peringkat.
Beliau berkata cabaran yang dihadapi UMNO hari ini cukup getir kerana
bukan sahaja menerima tentangan dari luar malah juga dalam parti
sendiri walaupun parkara itu bukan sesuatu yang baharu kepada UMNO.
“UMNO hari ini hadapi ujian amat getir sekali, apa yang berlaku hari
ini, bukan sahaja pembangkang, ahli sendiri ada krisis kepimpinan,
meragui apa yang berlaku dalam UMNO.
“Kita menyerang sesama sendiri, serang pemimpin, soal presiden, tiada
yang bercakap soal pembangkang, musuh UMNO adalah pembangkang,” katanya
ketika berucap pada majis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian
Besut hari ini.
Menurutnya ketika ini pembangkang juga lemah dan menghadapi pelbagai
krisis dan ia adalah peluang terbaik bagi UMNO memperkuatkan lagi parti
bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
berkata serangan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu dana
RM2.6 bilion sengaja dibangkitkan pembangkang dan media asing yang
mempunyai agenda untuk melemahkan pemimpin negara.
Katanya anggota UMNO tidak seharusnya berasa lemah dan terancam
dengan asakan isu tersebut sebaliknya perlu memberi keyakinan dan
kepercayaan penuh kepada Najib untuk kekal menerajui negara ini.
“Ini semua cerita karut untuk burukkan Perdana Menteri,…hal ini
masih dalam siasatan audit, PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara)
diwujudkan untuk siasat bukan daripada BN sahaja malah ada empat BN dan
empat pembangkang dalam PAC,” katanya.
Menurutnya persetujuan Perdana Menteri terhadap penubuhan PAC membuktikan beliau telus dalam siasatan isu 1MDB.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment