Wednesday, August 19, 2015
Anwar Kini Dikawal Ketat Sebab Komplot Menjatuhkan Perdana Menteri???
PKR mendakwa Putrajaya mengambil tindakan menyekat akses kepada Datuk
Seri Anwar Ibrahim selepas wujud teori terdapat usaha untuk menjatuhkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata pihak penjara mengenakan
sekatan kepada bapanya daripada dilawati ahli keluarga, doktor dan
peguam sejak seminggu lalu ketika Najib berdepan dengan kemelut dalaman
Umno.
"Sejak seminggu lalu, terutamanya selepas khabar angin beberapa ahli
Umno cuba membeli atau menyiapkan kenyataan Akuan Bersumpah (SD), pihak
berkuasa penjara menyekat akses ke atas Anwar.
"Maksudnya daripada segi lawatan ke atas keluarga, akses kepada doktor
dan peguam. Ini semua seolah-olah bermotifkan politik," kata ahli
Parlimen Lembah Pantai itu pada sidang media di Ibu Pejabat PKR.
Nurul Izzah berkata, pada hari pendedahan dibuat Zahid, pihak penjara
membatalkan lawatan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bertemu
Anwar yang masih lagi penasihat ekonomi negeri Selangor.
"Malah lawatan Azmin atas kapasiti Anwar yang masih penasihat ekonomi negeri Selangor juga dibatalkan serta-merta.
"Ia hari sama kenyataan pelbagai teori yang dikeluarkan oleh Zahid," katanya.
Selain itu, sekatan juga dibuat melibatkan pemimpin pembangkang, peguam
dan keluarga, malah Anwar juga disekat daripada ke perpustakaan dalam
penjara, kata Izzah.
"Mereka cuba menghalang pemimpin pembangkang, sama ada Lim Kit Siang,
Rafizi Ramli atau Azmin daripada bersalam dengan beliau semasa di
mahkamah.
"Mereka mengurangkan masa pertemuan dengan peguam daripada 2 jam
kebiasaannya kepada kurang 45 minit, kurangkan akses ke perpustakaan di
mana Anwar berada dalam penjara kebanyakan masa dan masa lawatan
keluarga juga dikurangkan," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment