Wednesday, August 19, 2015
Samseng #BERSIH4 Mengganas Di Pulau Pinang
EDITOR MENULIS...
19 OGOS 2015
Satu perkara yang harus kita sama-sama fikirkan... iaitu berkaitan kegilaan serta keraksuban golongan penentang kerajaan dapat kita lihat sendiri di bumi Pulau Muitara... Kita boleh melihat sendiri bagaimana gerombolan penyokong BERSIH bertindak samseng
merosakkan dinding bangunan di Pulau Pinang dengan lambang jijik mereka.
Bukan setakat dinding bangunan sahaja, malah seni reka yang menjadi
kebanggaan rakyat disini juga dirosakkan oleh puak penentang kerajaan
ini.
Mungkin bagi mereka, rakyat Pulau Pinang suka dan gembira apabila melihat
contengan tersebut. Hakikatnya, majoriti rakyat sudah benci dan meluat
dengan kumpulan haluan kiri yang sentiasa menimbulkan kekacauan dan
menggugat ketenteraman awam ini.
Gerombolan penyokong BERSIH itu kononnya menuntut pilihanraya yang
bersih dan adil. Kata mereka, kerajaan menipu rakyat didalam pilihanraya
sehingga menyebabkan kumpulan pembangkang tak berjaya menawan Putrajaya
pada PRU13 lalu.
Jika benar kerajaan Malaysia begitu hebat mampu mengawal keputusan
pilihanraya, apa perlunya Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan dibiarkan
terlepas ke tangan pembangkang? Bukankah kerajaan BN mampu membolot
kemenangan 100 peratus jika benar mereka mampu mengawal keputusan
pilihanraya?
Ini lah masalahnya dengan kumpulan pentaksub pembangkang yang tak sedar
diri dan juga tak tahu malu khususnya di P.Pinang. Mengapakah mereka tak
mahu mendesak Lim Guan Eng serta kerajaan DAP mentadbir dengan lebih
bersih dan adil? Tak nampakkah mereka dengan kezaliman kerajaan DAP yang
sedang membuli rakyat di negeri ini?
Rumah penduduk kampung dirobohkan sesuka hati, perniagaan melayu
dihapuskan atas alasan menganggu lalulintas, caj parking dinaikkan
secara tidak munasabah, surcaj air dinaikkan sehingga 200 peratus dan
perumahan untuk rakyat miskin diabaikan. Adakah ini "bersih dan adil"
untuk rakyat??
Itu baru memerintah di Pulau Pinang.., bayangkan jika DAP bersama gerombolan
penyokong BERSIH ini menguasai seluruh negara.., kerosakan apa lagi
yang mereka mampu lakukan dan penindasan apa lagi yang mereka buat
terhadap rakyat dibawah?
Kini suara pembangkang yang berselindung di sebalik NGO Bersih mahu
menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan atas alasan mahu
membersihkan demokrasi. Demokrasi apa yang dimahukan? Demokrasi jalanan
kah atau demokrasi kuku besi yang menidakkan undi majoriti rakyat
Malaysia yang memilih Barisan Nasional sebagai pemerintah?
Ingat!! Jika kerajaan yang ada sekarang jatuh melalui penggulingan
jalanan, kerajaan yang baru nanti juga akan dijatuhkan melalui kaedah
yang sama. Perkara ini sudah terbukti dibeberapa negara di luar.
Jangan
ingat pembangkang sahaja mempunyai penyokong setia manakala kerajaan
sedia ada dibenci oleh seluruh rakyat.
Keganasan pasti akan dibalas juga dengan keganasan. Kekacauan juga akan
dibalas dengan kekacauan. Yang menang akan jadi arang manakala yang
kalah pastinya berkecai jadi abu.
Fikir-fikirkanlah...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment