Sunday, August 02, 2015

Apa Macam?... Salleh Kata Akta Perlu Dikaji Semula Cegah Salahguna Internet Dan Media Sosial

Apa yang dikata oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak ini adalah satu realiti.

Katanya perkembangan terbaru kini memberi gambaran seolah internet dan media sosial berada dalam arina yang tidak ada undang-undang.

Seperti kata orang Inggeris “where anything goes and where there are no rules to follow”.

Memang ada yang baik,namun lihat bagaimana pembohongan,putar belit,fitnah dan komentar yang sesedap rasa dan hentam keromo begitu berleluasa di alam maya.

Siapa yang nak kawal semua ini.

Kita ada Akta Komunikasi dan Multmedia namun ia sudah dikira lapuk dengan senario semasa sejak diwujudkan pada 1998.

Menulis di laman blognya http://sskeruak.blogspot.com ,Ahad Salleh waktu itu kerajaan tidak jangka bagaimana internet akan jadi popular dan ledakan pengunaan media sosial.

”Hari ini internet telah menjadi keperluan harian kehidupan dan impaknya bukan saja pada aliran maklumat tetapi juga kewangan dan perdagangan,”katanya.

Menteri itu kata adalah tidak mengejutkan dalam masa akan datang segalanya akan dibuat menerusi internet seperti yang sudah berlaku di setengah negara.

Menurutnya setengah syarikat penerbangan menetapkan penumpang mengunakan internet check -in dan tanpa internet mereka tidak boleh buat perjalanan.

Apa yang jadi kebimbangan kepopularan internettelah mengundang pelbagai jenayah internet seperti penipuan,curi data.curi identiti dan pemalsuan berita dan dokumen.

Di sesetengah negara ia dianggap jenayah serius dan boleh dikenakan hukuman penjara yang lama,”katanya.

Sementara Malaysia menegakan kebebasan bersuara dan maklumat kita mesti melindungi rakyat dari fitnah,pembohongan dan pembunuhan karakter.,”katanya.

Menurut belkiau dimana-mana negara kebebasan bersuara termasuk kebebasan membohong dan memfitnah.Salleh menegaskan keselamatan negara dan ketenteraman awam boleh tergugat jika tiada kawalan keatas apa yang orang buat atau kata.

Maka,katanya perlunya Akta Komunikasi dan Multimedia dikaji semula agar ada keseimbangan antara kekebasan maklumat dan diwaktu yang sama melindungi rakyat Malaysia dari perbuatan jenayah yang kini menjadi trend.

Apapun katanya kementerian itu akan mendapatkan maklum balas dan pandangan dari mereka dalam industri ini bagi memastikan pendekatan yang holistik dicapai selari dengan objektif semua pihak.

Ini,menurut Salleh bagi meyakinkan orangramai bahawa langkah berkenaan bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan bersuara kebebasan aliran maklumat. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment