Sunday, August 02, 2015
Mat Sabu Enggan Layan Peringatan Presiden PAS Berhubung Tindakan Disiplin
Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB) Mohamad Sabu enggan melayan
amaran daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung
tindakan disiplin yang akan diambil ke atas pemimpin dan anggota PAS
yang menghadiri siri jelajah gerakan itu ke seluruh negara.
Malah, bekas timbalan presiden PAS itu berkata, beliau yakin amaran itu
tidak akan menjejaskan rancangan GHB untuk meraih sokongan meluas rakyat
negara ini termasuk penyertaan dari pemimpin serta anggota PAS sendiri.
"Tentang pandangan presiden PAS itu, elok tanya beliaulah, kami tidak
terikat dengan pandangan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui
selepas siri jelajah GHB ke Besut di Dataran PGU, Jerteh di Besut lewat
Jumaat malam.
Turut hadir Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli yang juga
bekas Anggota Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, bekas Naib Presiden PAS
Ahmad Awang dan Pengerusi Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa)
Terengganu Abdul Aziz Abbas selaku tuan rumah.
Baru-baru ini, Abdul Hadi berkata PAS tidak akan teragak-agak untuk
merujuk pemimpin dan anggota parti itu yang menghadiri siri jelajah GHB
kepada lembaga disiplin parti kerana perkara itu dianggap tindakan
negatif terhadap PAS.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment