
Sunday, August 02, 2015
Sertai GHB, PAS Kuala Terengganu Putus Hubungan Dengan Raja Kamarul Bahrin
KUALA TERENGGANU : PAS Kuala Terengganu pada Ahad memutuskan hubungan
dengan anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja
Ahmad yang menyertai Gerakan Harapan Baharu (GHB) yang baru ditubuhkan.

Setiausaha Pas kawasan Kuala Terengganu Mohd Soud @Said @Mat Ali berkata
keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat semalam dan berpegang kepada
satu pekeliling tentang GHB yang dikeluarkan Ibu pejabat PAS Pusat.
"Sebagaimana yang dimaklumi bahawa beliau (Raja Kamarul Bahrin) telah
diisytiharkan secara rasmi sebagai Pengerusi GHB Terengganu dalam
himpunan GHB di Jerteh, Besut pada 31 Julai lalu dan beliau telah
memperakui menerimanya," katanya dalam satu kenyataan.
GHB ditubuhkan beberapa pemimpin PAS yang kalah dalam pemilihan parti Jun lalu.
Pergerakan itu telah memohon untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik.
Pada pilihan raya umum ke-13, Raja Kamarul Bahrin menang kerusi Parlimen
Kuala Terengganu dengan majoriti 10,785 undi atas tiket PAS mengalahkan
calon Barisan Nasional Datuk Mohd Zubir Embong dan calon Bebas Maimun
Yusof.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment