Tuesday, August 25, 2015
Apa Maksud Najib Orang Melayu Akan Bangsat? - Lokman Adam
Perkataan “Bangsat” menjadi perkataan paling
hangat diperkatakan sepanjang hari semalam. Ianya berlaku bila mana
Presiden UMNO, Dato Sri Najib Tun Razak mengungkapkannya ketika
merasmikan Persidangan UMNO berkelompok UMNO Bahagian Arau, Kangar dan
Padang Besar di Dewan Wawasan 2020 di Kangar, Ahad lalu.
Menurut Dato Sri Najib, “Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang
kuasa”. Maka beliau menyeru agar semua ahli UMNO mempertahankan parti
yang menerajui pemerintahan negara ini. Sebenarnya apa yang diperkatakan
oleh Dato Sri Najib ini pernah beliau ungkapkan sewaktu menyampaikan
ucapan semasa sessi Taklimat Presiden sebelum Perhimpunan Agong UMNO
yang lalu.
Memandangkan ketika itu belum ada orang yang gairah hendak
jadi Perdana Menteri atau hendak meletakkan anaknya di tampuk
pemerintahan yang lebih tinggi, maka tidak banyak suara-suara sumbang
untuk mempertikaikan perkataan “Bangsat” itu.
Sebaliknya, apabila Ahad lalu beliau menggunakan perkataan Melayu
akan “Bangsat” menggantikan perkataan Melayu akan “tersungkur”, “hina”,
“tertiarap”, “mengkarap” dan sebagainya, beliau telah dikecam hebat oleh
beberapa juak DAP, PKR, malah ada juga cicak mengkarung dari Dewan
Pemuda PAS Kelantan yang tumpang sekaki mengecam beliau.
Saya yakin, mereka yang mengecam Dato Sri Najib langsung tidak
membaca atau mendengar bahawa dalam ucapan lanjut PM mengenai perkara
itu, Beliau telah menjelaskan kenapa beliau memilih perkataan bangsat
tersebut. Ini adalah kerana tidak ada perkataan lain yang boleh
menggambarkan keadaan orang Melayu yang akan cukup tertekan jika UMNO
hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan.
Oleh itu, Presiden
UMNO itu menyeru agar segala permasalahan yang berlaku dalam parti
diselesaikan bagi memastikan UMNO kekal berkuasa.
Saya tertarik bila membaca tulisan seorang anak Cina yang dikutip
oleh Tan Sri Khir Johari sebagai anak angkat. Melayu celup yang menjadi
alat Lim Guan Eng untuk mengambarkan bahawa Melayu juga diberikan
tempat dalam DAP ini berkata bahawa “Melayu Tidak Akan Bangsat” tanpa
UMNO. Yang melucukan, Zairil berkata demikian pada hari yang sama
penduduk Kampung Mutiara, Batu Feringgi, Pulau Pinang berdemonstrasi
mempertahankan rumah mereka yang hendak dirobohkan.
Bukankah ini satu
bukti yang jelas bahawa Melayu akan dilayan seperti “bangsat”, merempat
dibumi sendiri yang tidak lagi diperintah oleh kerajaan yang ditunjangi
oleh UMNO? Mungkin juga Zairil fikir orang Melayu tidak sedar Guan Eng
ketandusan idea untuk kekal berkuasa dan kini hanya meniru modus
operandi PAP Singapura dengan menyingkir orang melayu Pulau Pinang
dengan melenyapkan satu persatu perkampungan Melayu.
Dalam perlumbaan mengecam Dato Sri Najib ini, saya perasan salah
seorang pengikut setia gay tua Republik Sungai Buluh turut bersuara.
Bekas Ketua AMK PKR itu beria sungguh menafikan dakwaan Dato Sri Najib
tanpa menyedari dikala beliau menyusun ayat mengecam PM, Timbalan
Presiden beliau yang menerajui Negeri Selangor sedang bertungkus lumus
mempertahankan diri apabila rancangan beliau untuk melipat kekayaan
bernilai RM30 Billion dibawah 74 GLC Kerajaan Negeri Selangor untuk
diletak dalam sebuah syarikat RM2 Darul Ehsan Investment Group kelolaan 2
kroninya diketahui umum. Apa yang PKR buat di Selangor bukan hanya
bukti Melayu jadi “Bangsat” bila UMNO hilang kuasa di Selangor, apa yang
Azmin buat ini akan menyebabkan India, Cina, Punjabi dan semua rakyat
Selangor “bangsat” sekali.
Sedarkah Samsul, bila DEIG ditubuhkan atas Company Act maka segala
aktiviti, operasi dan pengurusan kewangan serta pelaburan syarikat ini
tidak perlu dilaporkan kepada Dewan Undangan Negeri lagi? “Is this what
you call Good Governance?”.
Jika sebelum ini semua aset Selangor ini
perlu dilapor kepada Dewan Undangan Negeri, selepas ini mereka bebas
membuat apa sahaja dengan wang rakyat dan kerajaan negeri Selangor tanpa
perlu melaporkan kepada sesiapa kecuali Lembaga Pengarah DEIG. Bukan
takat rakyat Selangor akan “bangsat”, pemimpin PKR yang menutup mulutnya
membiarkan perkara ini berlakupun saya anggap memang “BANGSAT”.
Akhir sekali izinkan saya mencuit sedikit Dewan Pemuda PAS Kelantan.
Saya tak berhajat hendak tegur panjang lebar bab Kelantan ini. Kalau
hendak tulis, sudah pasti akan berjela kerana terlalu banyak kelemahan
yang Dewan Pemuda PAS Kelantan buat-buat tidak sedar.
Namun demi
menghormati semangat perpaduan Melayu yang ditunjukkan oleh kepimpinan
Menteri Besar Kelantan, izinkan saya ulas sedikit sahaja. Saya akui
bahawa Melayu Kelantan belum “Bangsat” walaupun UMNO bukan lagi parti
yang memerintah negeri Kelantan. Ini berlaku kerana perangai UMNO bukan
macam DAP, rakan baik PAS satu ketika dahulu.
Sungguhpun mereka dalam
satu pakatan, PAS sentiasa dibuli dan ditindas DAP.
Sebaliknya, walaupun UMNO dihina, dituduh kafir dan diherdik dengan
pelbagai kata-kata kesat, atas nama saudara seIslam, UMNO tidak pernah
menganaktirikan Kelantan.
Sejak Kelantan jatuh ketangan PAS lagi, kita
telah menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan. Ini bagi membolehkan
bantuan Kerajaan Persekutuan disalurkan terus kepada rakyat Kelantan.
Sedarkah Dewan Pemuda PAS Kelantan bahawa dana yang disalurkan melalui
JPP ini jauh lebih besar dari nilai “Royalti Minyak” yang kononnya
Kelantan berhak dapat?
Tidak payahlah saya cerita panjang, cubalah DPP
Kelantan bayangkan, “bangsat” atau tidak rakyat Kelantan kalau Kerajaan
Persekutuan langsung tidak turun membantu mangsa banjir di Kelantan
Disember lalu? Mungkin sudah tiba masanya DPP Kelantan muhasabah diri
dan mencontohi akhlak mulia kepimpinan Menteri Besar Kelantan yang
meletakkan persaudaraan seIslam mengatasi segala-galanya. Bila orang
berbudi, biarlah kita berbahasa.
Disediakan oleh :
Sdr Lokman Adam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment