Tuesday, August 25, 2015
Azmin Gagal Jawab Isu Pokok Berhubung DEIG – Budiman
SHAH ALAM : Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang,
Budiman Mohd Zohdi berkata Menteri Besar Selangor, Azmin Ali gagal untuk
menjawab persoalan rakyat berhubung kewajaran penubuhan Darul Ehsan
Investment Groups (DEIG) yang diberi kuasa untuk menjalankan urus niaga
bagi pihak Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) yang melibatkan aset yang
berjumlah lebih RM 30 billion.
Menurut beliau, jawapan yang diberikan oleh Azmin di dalam sebuah
akhbar tidak langsung menjawab persoalan tersebut dan perkara ini
ternyata telah menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat.
“Sehingga ke saat ini persoalan rakyat berhubung kewajaran penubuhan
DEIG masih gagal dijawab oleh Menteri Besar. Malah, sebanyak lapan isu
pokok yang dipersoalkan oleh rakyat juga gagal mendapat jawapan yang
memuaskan daripada Azmin.
“Hakikatnya hari ini, rakyat di Selangor tidak dapat menerima apakah
kewajarannya kewujudan sebuah syarikat yang berperanan sebagai ‘orang
tengah’ untuk menguruskan pelaburan terhadap aset 12 anak syarikat di
bawahnya.
“Sekiranya alasan kerajaan negeri mahu mengelak pertindihan,
sepatutnya pertindihan itu boleh ditangani melalui penyusunan semula
aktiviti 12 anak syarikat berkenaan bukannya mewujudkan DEIG yang
berperanan sebagai perantara semata-mata,” tegasnya kepada pemberita
di sini hari ini.
Tambah beliau, sekiranya diteliti jawapan yang diberikan oleh Menteri
Besar Selangor, jawapan beliau lebih cenderung kepada peranan kerajaan
negeri dan tidak menjawab persoalan yang sebenar berhubung kewajaran dan
keperluan penubuhan DEIG.
“Sekiranya kita lihat berdasarkan penyata jawatankuasa pilihan
mengenai agensi, badan berkanun dan anak syarikat kerajaan Negeri (JP
ABAS) bagi dewan negeri Selangor berhubung DEIG, mereka memandang serius
perlantikan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai
Operasi MBI/DEIG (COO) yang tidak dilakukan dengan proses lantikan
terbuka.
“Kita juga tidak tahu apakah benar CEO dan COO yang latar belakangnya
tidak ketahui ini mempunyai berpengalaman dalam menjalankan urusniga
yang melibatkan aset yang begitu besar serta mempunyaitrack record
terbaik seperti yang diwar-warkan oleh beliau?,”
Sementara itu, beliau turut mempersoalkan di mana pendirian Rafizi
Ramli dan Tony Pua berhubung isu DEIG ini di mana sehingga ke saat ini,
tiada sebarang kenyataan dari mereka berhubung perkara ini.
“Selama ini, kita lihat merekalah yang selalu mendabik dada
melaungkan soal bercakap benar, soal integriti, soal ketelusan dan
akauntabiliti. Jadi dalam isu DEIG ini, apabila rakyat mahukan
ketelusan, mereka diam seribu bahasa. Ketelusan sebenar perlu melangkaui
sempadan politik kepartian,” tegasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment