Tuesday, August 25, 2015

Hayati #sehatisejiwa Untuk Kukuhkan Parti Bela Nasib Rakyat – Haslinda

KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan Wanita UMNO Johor, Haslinda Salleh melihat #sehatisejiwa yang dipilih sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini boleh juga diaplikasikan di dalam parti kerana ianya menuntut kepada permuafakatan dan semangat perpaduan di kalangan ahli.
http://jauhar.my/wp-content/uploads/2014/02/haslinda-salleh.jpg
Justeru beliau mengajak seluruh ahli parti untuk sama-sama menghayati dan mendalami tema tersebut dan mengaplikasikannya di dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada parti.

“Bagi saya, tema tersebut mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat. Jika kita mendalaminya secara mendalam ianya boleh melahirkan semangat permuafakatan dan perpaduan di kalangan ahli parti.

“Tema tersebut cukup meluas maksudnya. Dalam konteks negara kita pula sudah pasti dengan senario dan keadaan semasa sudah pastilah tema berkenaan bakal melahirkan masyarakat penyayang dan masyarakat yang berpegang teguh kepada perpaduan.

“Perpaduan cukup penting kerana kita boleh melihat di negara luar bagaimana keadaan sesebuah negara yang kacau bilau dan sebagainya. Sebab itulah perlunya menghayati #sehatisejiwa untuk kepentingan kita bersama,“ katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

#sehatisejiwa dipilih sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata tema itu dipilih kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini.

Beliau seterusnya menambah hasrat murni kerajaan janganlah dipandang serong mahu pun dipandang sinis kerana usaha yang dilakar oleh kerajaan adalah untuk memupuk semangat perpaduan semata-mata.

Tambah beliau sambutan Hari Kemerdekaan adalah untuk semua dan bagi memperingati sejarah tanah air dalam mencapai kerdekaan.

“Inilah yang kita perlu tekankan khususnya kepada kalangan generasi mdua hari ini. Untuk membina sebuah negara yang ada seperti hari ini adalah satu tempoh yang sukar dan untuk memusnahkannya adalah tempoh yang singkat.

“Justeru marilah kita sama-sama renungkan dan sama-sama hayati tema tersebut dengan penuh ikhlas. Kepada ahli UMNO boleh juga rasanya kita menjadikan tema tersebut untuk sama-sama memperkuatkan lagi parti dengan tekad untuk terus cemerlang membela nasib rakyat,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment