
Sunday, August 02, 2015
Apa Sudah Jadi Ni.....Raja Bahrin dan Syed Azman Hilang Di JERTEH Malam Tadi - GHB
Serangan demi serangan keatas Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang
mewakili PAS semasa PRU 13 yang lalu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
yang dikatakan oleh ahli-ahli JUMMUK Pro Ulama’ PAS bahawa beliau
adalah Ketua Gerakan Harapan Baru (GHB) bagi Negeri Terengganu.

Manakala Syed Azman Syed Ahmad Nawawi Adun N16 Batu Buruk, Kuala
Terengganu dikatakan sebagai Pengerusi GHB Kuala Terengganu yang mana
telah 2 penggal bersama PAS di Batu Buruk dan kini bersama kumpulan
professional yang kalah bertanding dalam Muktamar PAS jun lalu dengan
bergerak GHB yang ditubuhkan beberapa bulan yang lalu.
Raja Bahrin dan Syed Azman kini dipulaukan oleh para pemimpin PAS Pro
Haji Hadi Awang di negeri Terengganu kerana mereka melihat kedua-duanya
telah memainkan peranan bergerak dengan GHB di Terengganu.
Dari pada sumber yang boleh dipercaya Raja Bahrin dan Syed Azman akan
menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya pada Ahad ini secara bersama yang
bakal dihadiri oleh Ustaz Ahmad Awang dan juga Mohamad Sabu (Mat Sabu)
yang kedua-duanya adalah pengasas Gerakan Harapan baru bagi PAS dalam
Pakatan Rakyat.
Manakala dalam satu siri jelajah Penerangan Gerakan Harapan &
Sambutan Hari Raya Peringkat negeri Terengganu semalam yang di adakan di
Besut telah memberi satu nafas baru pergerakan tersebut di Terengganu.
Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Bin Sabu menyatakan GHB adalah
untuk memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dan membela Nasib Rakyat.
PAS sudah tidak releven kerana sejak pemergiaan Tuan Guru Nik Abdul
Aziz, PAS sudah bercelaru dan perlu perubahan oleh itu wujudnya GHB,
Pertubuhan GHB mendapat sokongan DAP dan PKR, PAS hanya bersendirian.
Turut berucap, Ahmad Awang, Bekas Presiden ULAMA Malaysia mengajak
rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan negetif pihak
tertentu yang menuduh jemaah yang tinggalka PAS sebagai tiada pendirian
serta merosakkan parti.
Dalam siri Jelajah tersebut beberapa barisan kepimpinan GHB yang turut
hadir sallahudin Bin Ayub, Bekas Naib Presiden PAS, Dr Hatta Ramli, Ahli
Parlimen Kuala Krai, Abdul Aziz Bekas AJK PAS Kawasan Besut, Azan Safar
Pengerusi NGO dan Eng Chai Heng, Pengerusi DAP Terengganu.
Terdapat dua YB yang turut terlibat dalam Gerakan Harapan Baru
Terengganu, YM Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah, Ahli Parlimen Kuala
Terengganu dan Syed Azman Syed Nawawi, ADUN Batu Buruk tidak dapat hadir
bersama kerana mempunyai urusan lain.
Ketidak hadiran Raja Bahrin dan Syed Azman nyata membuat seluruh yang hadir bertanya akan kedua-duanya…..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment