Monday, August 17, 2015

Bagaimana Sarawak Reports Dapat Dokumen Akaun Najib?

Satu persoalan besar bagaimana Sarawak reports dapat maklumat akaun peribadi Perdana Menteri? Pihak yang mempunyai akses terhadap akaun tersebut adalah para pegawai AmBank atau SPRM, kerana Bank Negara sudah membuat kenyataan melalui Gabenor bank tersebut, bahawa AmBank tidak membuat laporan berkaitan wang tersebut pada Bank Negara.

2. Pada 2 Julai The Wall Street Journal telah membuat laporan berkaitan wang yang dimasukan ke akaun Perdana Menteri, sedangkan sejak wang itu disalurkan ke akaun DS Najib pada 13 dan 25 Mac 2013, kurang sebulan sebelum pembubaran Parlimen untuk membolehkan PRU-13 diadakan, tiada desas desus atau laporan mengenainya. Hanya kerana dtubuhkan Pasukan Khas bagi menyiasat 1MDB, maka keluarlah maklumat tersebut.

3. Pihak-pihak tertentu, memang mahu mensabitkan Perdana Menteri berkaitan kemelut 1MDB, atas sebab itu satu draf palsu telah direka sebagai alat untuk mendakwa Perdana Menteri, namun sebelum ianya diserahkan ianya berjaya dipintas, di mana akhirnya draf tersebut sebenarnya draf palsu, kerana ianya bukan draf lajim yang dibuat oleh pihak Jabatan Peguam negara. Jika Perdana Menteri tidak bertindak awal, kemudian draf pertuduhan tersebut berjaya dikemukakan kepada Mahkamah, sudah pasti, DS Najib perlu meletakkan jawatan.

4. Berkaitan dengan wang sumbangan yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri yang berjumlah USD700milion, kemudian kononnya, USD650milion di bawah keluar sepertimana laporan Sarawak Reports, ianya bertujuan untuk mengumpul persepsi negatif kepada Perdana Menteri, agar supaya rakyat percaya, bahawa wang tersebut bukan kegunaan parti, namun kegunaan peribadi Perdana Menteri.

5. Laporan Sarawak reports pada 14 Ogos, seolah-olah wang sumbangan USD650 milion tidak digunakan bagi kos jentera pilihanraya Barisan Nasional atau Umno akan tetapi membawa pengertian, bahawa wang tersebut akan digunakan secara peribadi oleh Perdana Menteri.

6. SR mensensaikan lagi berkaitan wang USD650milion, kononnya selepas dimasukkan semula ke Tanaore Financial di Singapura, akaun bank tersebut telah ditutup pada April 2014. Melalui dakwaan ini, maka timbul lagi satu persepsi ke mana wang itu disalurkan? sedangkan pada masa yang sama portal itu mendakwa, kononnya akaun tersebut dibekukan oleh kerajaan Singapura. Terlihat benar, laporan SR itu hanya satu laporan rekaan dan mengada-ada atau fitnah.

7.Mengapa SR boleh berbuat demikian? kerana tiadanya penjelasan berkaitan USD700milion (RM2.6bilion) daripada DS Najib sendiri. Jika adanya penjelasan berkaitan penggunaan wang tersebut, sudah tentu, SR tidak akan boleh merekayasa cerita karut.

8. Tugas utama DS Najib sekarang adalah memberitahu ke mana wang tersebut digunakan, melalui penjelasan tersebut, maka tiada lagi pihak-pihak yang boleh mendakwa berkaitan wang tersebut, termasuk Mantan Timbalan Perdana Menteri- TSMY dan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

9. Jika benar, memang wang itu diagih-agihkan kepada parti-parti barsian nasional dan NGO mesra UBN, maka nyatakan, untuk menoktahkan berkaitan wang tersebut.

10. Pada masa ini, mencari siapa yang membocorkan maklumat akaun peribadi Perdana Menteri, sudah menjadi sejarah, kerana ianya sudah disahkan bahawa memang benar, sejumlah wang telah dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.

11. Damage has been done. Untuk menghilangkan persepsi, hanya satu tindakan, jelaskan kemana wang RM2.6bilion tersebut.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment