Wednesday, August 26, 2015

BARUA DAP..... Selepas Gelang Patah, Kini Giliran AJK PAS Sri Gading Letak Jawatan

JOHOR BAHRU : Selepas Bahagian Gelang Patah mengumumkan perletakan jawatan secara beramai-ramai, terbaru ahli jawatankuasa PAS Sri Gading pula bertindak melakukan perkara yang sama.

Malam tadi, seramai 19 ahli jawatankuasa dari kawasan berkenaan meletakkan jawatan dalam parti kira-kira 10.25 malam.

Majlis peletakan jawatan tersebut diketuai Yang DiPertua PAS Kawasan, Mohd Salleh Samad dan turut disertai jawatankuasa atasan PAS kawasan tersebut.

Antara lain yang turut berbuat demikian ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan, Mohd Alias Sabu dan Naib Yang DiPertua PAS Kawasan, Noor Khalim Shakib.

Majlis berlangsung dalam suasana harmoni di Markas Kampung Baru Sri Gading.

Pengumuman peletakkan jawatan tersebut juga disusuli dengan majlis penyerahan kunci markas kepada ahli jawatankuasa yang kekal dalam parti itu, yang diwakili Nazaruddin  Saali dan Nasir  Abdullah.

Kelmarin, seramai 91 orang AJK PAS Gelang Patah yang memegang pelbagai jawatan mengumumkan peletakan jawatan masing-masing berkuatkuasa hari ini bagi menyertai parti baru yang bakal dilancar 31 Ogos ini.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment