Wednesday, August 26, 2015

“Air Percuma” Sekali Lagi Akan Menjadi Harapan Palsu

KUALA LUMPUR : Laungan `air percuma’ yang dilaung dan dijanjikan pakatan pembangkang di Selangor pada PRU12 lalu sehingga berjaya berjaya merampas Selangor dari kepimpinan BN Selangor, sememangnya satu laungan dan idea yang hebat tapi kini , baru di penggal kedua pemerintahan pakatan pembangkang di Selangor, baru mereka sedar ianya satu perkara yang sukar untuk diteruskan.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, kenyataan berdolak-dalik Azmin Ali di Dewan Undangan Negeri berkenaan pemberian air percuma kepada rakyat Selangor ini jelas menunjukkan mereka terdesak untuk menunaikan janji yang mereka buat sendiri pada PRU12 yang lalu lagi.
mb-selangor-azmin-ali-cari-air-percuma-krisis-langat-rakyat
“Dalam masa yang sama, kemungkinan rakyat Selangor akan menanggung kenaikan tarif air pada masa akan datang setelah perjanjian utama penstrukturan industri air negeri itu dimuktamadkan termasuk pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi juga akan membebankan beban rakyat.

“Di mana laungan negeri kebajikan? Adakah selepas dapat undian rakyat Selangor mereka lupa atau hanya berikan “Harapan” seperti laungan oleh Pimpinan Pakatan “Harapan Baru”. Mereka ini lebih suka memberikan harapan daripada perlaksanaan janji mereka,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Cawangan Pusat Bandar Damansara Jaya.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata rakyat Selangor berkemungkinan akan menanggung kenaikan tarif air pada masa akan datang setelah perjanjian utama penstrukturan industri air negeri itu dimuktamadkan termasuk pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi.

Kenaikan tarif itu mungkin difikirkan untuk jangka masa panjang mengikut jangkaan kos pengambilalihan yang ditanggung oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment