Wednesday, August 26, 2015

Tawar Berlindung Di Gereja, Cubaan Cetus Krisis Agama?

EDITOR MENULIS...
26 OGOS 2015
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEir7woyhYTovSSMcmTPQsw7r1FnZn_KZQbH86jT5qRou8xjSYnVOm0KOrcHLgvZiuceMvo4Jg_aqyS-oQO9W16E8tJ6mqNZNb_upSONGQ-TOXZqWuvnLUCHSL4XCYvYWiJTCKXcIut3hZU/s1600/Bersih+4.0+Gereja+beri+perlindungan.jpg
Saya tidak pasti Bersih mana satu tapi masih segar di ingatan saya tindakan perusuh dalam demonstrasi tersebut lari berlindung ke dalam sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur hampir menyebabkan krisis kemanusiaan bila ada dakwaan polis menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital.

Yang buat cerita itu adalah doktor pro Pakatan yang bekerja disitu.

Sekarang penganjur Bersih ambil langkah berani setapak lagi bila berpakat dengan gereja dalam kawasan laluan demonstrasi itu nanti untuk menawarkan perlindungan sekiranya polis mengambil tindakan balas dari kekacauan yang bakal mereka lakukan.

Peliknya tu, dah banyak kali demonstrasi haram sebelum tak pulak gereja menawarkan perlindungan sekali letaknya betul-betul di tempat ia berlangsung, kali ini pulak dia tetiba tawarkan diri.  Adakah ini ada kena mengena dengan pilihanraya negeri Sarawak yang bakal berlangsung tidak lama lagi?

Faham sajalah di Sarawak, penganut Kristian hampir bentuk majoriti disitu dan isu-isu macam ini memang cepat sentuh sensitiviti mereka, sekalipun penulis difahamkan mazhab nya tu lain.

Nanti senanglah nak kata polis dan kerajaan BN menganggu rumah ibadat dan seterusnya kebebasan beragama kan?  Boleh jadi isu hangat dalam pilihanraya tu.

Ini pada saya dah terlalu melampau.  Siasatan dan tindakan perlu diambil kepada semua yang terlibat.  Saya secara peribadi tak nampak motif lain kenapa menawarkan gereja jadi tempat perlindungan ini melainkan seperti yang disebutkan di atas.

Fikirkanlah bersama...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcFP0-3bUKvJh-SVf1RMxxVi_mvdXfIfLXLAasYUxPpfCalta_b5ePS5hZr2tsiIOIgig_M53Tycnk2g2dzFdu1MiYUGa4x5idEdY_2fKbfpmt6KW2tqUhK-EQShHsX3dwEYf9vDGfLuE/s200/Acoy+16.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment