Wednesday, August 26, 2015
Mat Sabu Sahkan Penyokong PAS dan UMNO Akan Join #Bersih4
Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu yakin penyokong Pas
dan Barisan Nasional (BN) akan turut serta dalam Himpunan Bersih 4.0
yang akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini.
Menurut Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu berkata,
beliau yakin penyokong Pas akan menyertai himpunan ini walaupun pimpinan
parti itu mengeluarkan kenyataan tidak akan mengerahkan penyokong parti
Islam itu untuk menyertai Himpunan Bersih 4.0.
Mat Sabu berkata, beliau yakin penyokong Pas akan turut serta himpunan
itu kerana himpunan itu tidak parti politik, sebaliknya menyuarakan hak
kita sebagai rakyat di negara ini.
"Kita yakin ahli Pas akan bersama dalam himpunan Besih 4.0 itu. Bersih
adalah isu rakyat tidak kira parti politik semua akan turun," kata bekas
timbalan presiden Pas itu.
Selain itu, Mat Sabu juga yakin penyokong BN akan turut serta menyertai
himpunan itu bagi mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur dari
jawatannya sebagai Perdana Menteri demi menyelamatkan negara.
Mat Sabu berkata, himpunan ini diadakan bagi mendesak Najib untuk
meletakkan jawatan dengan segera apabila beliau sering membawa beban
kepada negara.
"Saya yakin di kalangan ahli parti pemerintah juga akan bersama kali ini
kerana kerajaan mesti buat sesuatu untuk menyelamatkan ekonomi negara.
"Imej negara begitu berada dalam tahap mencemaskan. Oleh itu tekanan
daripada rakyat 29 dan 30 Ogos nanti mahu Perdana Menteri dan Kabinet
melakukan sesuatu," katanya.
Walau bagaimanapun, keyakinan Mat Sabu untuk melihat penyokong Pas dan
BN untuk sertai himpunan itu adalah hanya satu perkara yang di
idamkannya sejak beliau menubuhkan GHB.
Ini kerana, penubuhan GHB sehingga hari ini tidak mendapat sokongan yang
mampu membuat parti itu berdiri dengan sendiri tanpa memerlukan
pertolongan parti lain.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment