Wednesday, August 26, 2015
Pensyarah UM Anggap POLIS Tak Tahu Makna Demokrasi
Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM), Azmi Sharom mengkritik
Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana membuat kenyataan yang bertentangan
dengan prinsip demokrasi.
Katanya, kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh polis menunjukkan pasukan
keselamatan itu tidak memahami istilah sebenar demokrasi
berperlembagaan.
Katanya, perhimpunan aman Bersih 4.0 sama sekali tidak menggugat demokrasi berperlembagaan atau mengancam keselamatan negara.
“Polis tak faham makna demokrasi. Perhimpunan aman dibenarkan selagi
tidak membabitkan senjata yang boleh menggugat keselamatan awam.
“Kita mengadakan perhimpunan aman untuk menyuarakan kekhuatiran kepada masa depan negara dan rakyat. Itulah maknanya demokrasi.
“Bagaimana polis boleh mengatakan perhimpunan aman boleh mengancam
demokrasi? Seksyen 124 Kanun Keseksaan itu untuk kesalahan melakukan
keganasan bukan protes secara aman,” tegasnya.
Azmi diminta mengulas amaran Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin
Mohd Isa yang menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati membuat
kenyataan atau komen mengenai perhimpunan Bersih 4.0 yang dirancang
hujung minggu ini.
Tajuddin berkata, polis sedang mengawasi dan memantau secara dekat
kenyataan dan komen yang dibuat untuk memastikan tidak menggugat
demokrasi berpelembagaan.
“Kita akan pantau dan akan siasat kenyataan-kenyataan mengikut Seksyen 124,” katanya dalam sidang media di DBKL.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment