Wednesday, August 26, 2015
PAS Dedahkan Kemunafikan PKR Menipu Rakyat Di Selangor
Pas hari ini melahirkan rasa kecewa terhadap PKR apabila negeri dibawah
pentadbiran parti itu mahu menarik semula pemberian air percuma dengan
alasan rakyat di negeri itu melakukan pembaziran.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin
Aman Razali At-Takiri, keputusan Kerajaan PKR Negeri Selangor yang mahu
mengkaji semula pemberian air itu telah mencemarkan integriti Pakatan
Rakyat.
Tambah Khairuddin, alasan PKR untuk menghentikan pemberian air itu
bertentangan dengan laporan Malaysia Water Industri Guide yang
merekodkan penurunan penggunaan air selepas pelaksanaan pemberian air
percuma.
Jelas Khairuddin, laporan itu menyebut penggunaan purata air bagi setiap
isi rumah menurun saban tahun iaitu 2007 (35 meter pad), 2008 (34.8
meter padu), 2009 (34.5 meter padu), 2010 (34 meter padu) dan 2011 (32.8
meter padu).
Oleh itu, Khairuddin menggesa PKR untuk meneruskan pemberian air percuma
yang telah dijanjikan oleh pembangkang kepada rakyat sebelum pilhan
raya umum dahulu.
"Sekiranya dibatalkan juga, ia membelakangkan semangat pakatan
pembangkang yang mahu memberikan khidmat yang berkebajikan kepada rakyat
menjelang PRU13 lalu dan tidak mustahil akan turut memberi kesan pada
PRU akan datang.
"Semestinya amanah yang diserahkan oleh rakyat kepada Kerajaan Negeri
Selangor ini ditunaikan secara berjemah dan berhikmah agar tidak berlaku
yang dikejar tidak dapat, yang dikedong berciciran," kata Khairuddin.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment