Wednesday, August 26, 2015
Bersih4 Tak Malu Cari Publisiti Murahan.. - Ahmad Maslan
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan penganjuran Bersih
4.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka sebagai tidak prihatin
terhadap rakyat dan sengaja mencari publisiti murahan.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mengatakan
perhimpunan itu tidak prihatin terhadap rakyat kerana ia mengganggu
orang ramai termasuk peniaga dan pelancong di ibu kota.
Malah, ia juga mengganggu pelaburan asing yang giat diusahakan oleh
kementeriannya dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Selain itu, perhimpunan Bersih ini juga merosakkan suasana sambutan Hari
Kebangsaan ke-58 yang akan di adakan di Dataran Merdeka hujung bulan
ini.
"Mengapa anda ingin mengganggu peniaga kecil, sederhana dan besar yang ingin mencari rezeki?
"Mengapa anda ingin merosakkan kegembiraan rakyat Malaysia dalam bulan Kemerdekaan?
"Mengapa anda ingin membimbangkan pelancong yang sekarang sudah datang
dan yang ingin datang melihat keindahan Malaysia dan kota raya?
"Mengapa anda ingin mengkhuatirkan dan menimbulkan persepsi negatif
kepada iklim pelaburan negara?" kata Ahmad Maslan menerusi laman blog
miliknya.
Beliau turut mempersoal pengajur perhimpunan Bersih 4.0 yang ingin
mengadakan perhimpunan itu di Dataran Merdeka dengan mengatakan mengapa
perhimpunan ini tidak diadakan di dalam stadium yang boleh memuatkan
puluhan ribu peserta.
Soalnya, adakah Bersih inginmengadakan perhimpunan diluar kawasan tertutup untuk mendapat publisiti murahan?
"Mengapa anda tidak memilih untuk terus sahaja berkumpul dalam stadium untuk Bersih 4.0 itu?
"Adakah kerana jika dalam stadium itu makan nanti tiada aksi kawalan
Polis dan tindakan pencegahan yang boleh diviralkan dan disensasikan
oleh rakan-rakan media anda untuk di sebar ke seluruh dunia?" soalnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment