Friday, August 21, 2015
Bergoyangkah PAS Dengan 'Permainan Media' GHB...?
Walaupun berdepan dengan persepsi kononnya ramai ahli PAS Selangor akan
join Gerakan Harapan Baru (GHB), bagi pucuk pimpinannya ia tidak akan
menjejaskan kekuatan PAS di negeri tersebut.
Dua tiga hari ini, kumpulan GHB buat GEMPAK dengan meletak jawatan dalam
parti, satu kawasan satu hari, untuk menunjukkan momentum peralihan
dari PAS ke GHB kepada media.
Supaya orang ramai nampak macam wujud gelombang keluar PAS, sebab itu
setiap kawasan dibuat sehari demi sehari, Kelana Jaya, kemudian Kota
Raja, kemudian Shah Alam.
Strategi media biar nampak PAS bergoyang.
Malangnya yang keluar adalah kumpulan yang tidak relevan dengan asas PAS sebagai parti Islam.
Dalam kata mudahnya, bukan geng ustaz-ustaz, yang merupakan asas
sokongan PAS, sebaliknya yang masuk PAS untuk memegang jawatan politik.
Bagi Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman pihaknya yakin 13 ADUNnya tidak akan meninggalkan parti itu.
Khairuddin berkata demikian dalam mengulas isu dua ADUN parti berkenaan
iaitu Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang
dijangka meninggalkan parti Islam itu untuk bersama-sama GHB.
"Kita sudah menyatakan taat setia kita akan tetap kepada PAS.
"Saya kira yang dua ini, umum tahu pendirian mereka jadi tumpuan kita
mengukuhkan 13 ADUN yang ada. Kita ada mekanisme sendiri, refirm (kukuh)
kembali, bertemu ADUN-ADUN kita," katanya kepada wartawan di lobi SUK
DUN Selangor pada Khamis.
Malah beliau turut diberi jaminan oleh kesemua 13 ADUN berkenaan bahawa mereka akan terus kekal bersama parti.
Dalam pada itu, Khairuddin turut mencabar Penyelaras GHB Selangor Izham
Hashim untuk mendedahkan kesemua 3,000 ahli PAS yang dikatakan bakal
menyertai gerakan berkenaan yang disifatkan beliau tidak benar.
"Kita tidak tahu siapa ini (yang masuk GHB). Dedahkan kepada kita
barulah dia boleh mengatakan ahli kita kalau tidak. Siapa pun boleh buat
kenyataan. 3,000 daripada 100,000 ahli PAS Selangor itu tidak jejaskan
kita.
"Kalau betul apa yang dikatakan itu (sila kemukakan). Jadi di peringkat
cawangan dan kawasan kita semak selalu dan tidak banyak satu dan dua
orang yang tidak jejaskan pentadbiran kita (di Selangor)," katanya.
Ditanya samada tindakan ahli PAS yang meletak jawatan adalah isyarat
untuk menyertai GHB, katanya sudah jelas bahawa GHB tidak boleh bergerak
sebagai badan bukan kerajaan (NGO) bagi menyertai Pakatan Rakyat 2.0.
"Kalau GHB bukan parti kenapa bercerita tentang PR 2.0? Adakah ada NGO
duduk dalam PR 2.0? Kena parti politik. Mereka mendakwa NGO dalam masa
sama bercakap tentang
PR 2.0 nak bertanding atas kerusi PAS, tidak mungkin NGO akan bertanding
atas tiket PAS kena (tubuh) parti politik," jelas beliau.
Izham, Jumaat lalu berkata seramai 3,000 individu sudah mendaftar sebagai ahli GHB Selangor.
Jumlah itu katanya akan bertambah sebelum pengumuman penubuhan parti politik baru itu pada 31 Ogos depan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment