Friday, August 21, 2015
Saari Sungib Enggan Keluar PAS Sehingga GHB Didaftarkan... Baru Tahu Siapa Mereka Ini
SHAH ALAM : ADUN Hulu Kelang Saari Sungib memberitahu, beliau tidak akan
keluar daripada PAS sehingga Gerakan Harapan Baru (GHB) didaftar sebagai
sebuah parti politik hujung Ogos ini.
Jelasnya keahlian beliau dalam PAS akan gugur secara automatik dan selepas itu memegang status sebagai ADUN Bebas.
Katanya lagi, pendirian beliau berbeza dengan Ahli Parlimen Kota Raja,
Dr. Mariah Mahmud yang sudah meletakkan jawatan dalam parti bagi
menyertai GHB.
"Bila masuk parti baru akan gugur secara automatik, tamat keahlian PAS.
"Sekarang ini saya masih ADUN PAS, kalau saya buat keputusan dan
tinggalkan PAS, saya akan jadi ADUN Bebaslah," katanya di lobi DUN
Selangor.
Saari antara dua ADUN yang dikatakan akan meletak jawatan diikuti Hasnul Baharuddin (Morib).
Beliau sebelum ini digantung selama setahun kerana menyokong Presiden
PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai calon Menteri Besar
Selangor.
Sehingga kini lebih 450 ahli PAS sudah meletakkan jawatan masing-masing
di peringkat Pusat, Bahagian dan cawangan antaranya melibatkan Parlimen
Kota Raja, PAS Shah Alam, Kapar dan Klang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment