Wednesday, August 26, 2015
Bersih Tolak Amaran Terbaru Polis... Inilah Dikatakan Kurang Ajar.. Dan Biadap Betul !!!
KUALA LUMPUR : Penganjur Bersih 4 bertekad untuk terus mengadakan
demonstrasi besar-besaran meskipun berdepan dengan penutupan beberapa
jalan utama dan diberi amaran terbaru polis untuk membatalkan tunjuk
perasaan itu.
Lokasi baru perhimpunan yang dijadualkan pada Sabtu dan Ahad ini akan
dimuktamadkan esok susulan penutupan laluan utama sebagai persediaan
untuk sambutan rasmi Hari Merdeka Isnin depan, kata Pengerusi Bersih 2.0
Maria Chin Abdullah.
"Perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos selama 24 jam itu akan
diteruskan, tetapi oleh kerana berlaku beberapa penutupan jalan untuk
persediaan sambutan Hari Kemerdekaan, kami ambil maklum dan akan
bekerjasama dengan polis," kata Maria kepada pemberita selepas bertemu
pihak polis Kuala Lumpur hari ini.
"Pertemuan hari ini bagus, kami berunding bagaimana untuk
melaksanakannya dan polis berkata akan bantu kami dari aspek keselamatan
peserta, bila kita dah tetapkan butiran. Kita harap polis akan berikan
kebenaran," katanya.
Bagaimanapun pihak polis memberi gambaran sebaliknya dan memperbaharui
amaran unuk bertindak jika tunjuk perasaan itu diteruskan.
"Ia adalah mesyuarat kedua dengan pihak penganjur di mana kita mendengar
tentang rancangan mereka pada perhimpunan tersebut. Kami juga
memberitahu mereka mengapa perhimpunan tersebut menyalahi
undang-undang," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah.
"Kami menyatakan kepada mereka ia perhimpunan haram kerana penganjur
gagal mendapatkan kebenaran seperti termaktub dalam Seksyen 11 Akta
Perhimpunan Aman 2012 dan tidak boleh terdapat dua perhimpunan pada hari
dan masa yang sama," kata Zainol pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat
Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur itu.
Maria berkata pihaknya tidak akan memasuki kawasan Dataran Merdeka.
"Kami tidak memasuki Dataran Merdeka, kami hanya berada di persekitaran
Dataran Merdeka dan sebelum sambutan Merdeka perhimpunan kami akan
selesai," katanya.
Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara dilaporkan akan ditutup
secara berperingkat mulai hari ini sehingga Isnin minggu depan bagi
memberi laluan kepada raptai dan sambutan Hari Kebangsaan pada hujung
minggu ini.
Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain dilaporkan berkata, penutupan jalan itu akan bermula pada jam 6 pagi.
Antara jalan-jalan yang ditutup termasuk Jalan Hishamuddin (Dayabumi),
Jalan Kinabalu/Jalan Hishamuddin (Susur Bukit Aman), Jalan Lembah/Jalan
Cenderasari.
Turut terlibat, Leboh Pasar Besar/Jalan Hang Kasturi, Leboh Ampang/Jalan
Tun Perak, Jalan Dang Wangi/Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan
Kuching/Bulatan Dato Onn, Jalan Kinabalu/Bulatan Dato Onn, Jalan Tuanku
Abdul Rahman/Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Hishamuddin/Jalan Raja
(Dataran Merdeka), Jalan Parlimen/Bulatan Dato Onn (Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur), Jalan Dato Onn/Jalan Raja (Kelab Diraja Selangor) dan
Jalan Mahkamah Persekutuan.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim
sebelum ini dilaporkan berkata, kementerian itu mendapati Bersih 4 mampu
menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan rakyat berbilang kaum
di Malaysia.
Beliau berkata Bersih 4 juga menyebarkan propaganda menghasut orang
ramai yang bersifat negatif terhadap kerajaan dengan mengedarkan risalah
tertentu yang boleh mengundang bahaya.
Kementerian itu juga mendakwa pelbagai aktiviti Bersih 4 mendatangkan
imej negatif terhadap negara ini, sambil menambah ia boleh mengancam
ketenteraman awam dan keselamatan, kemakmuran ekonomi, kedaulatan negara
dan keharmonian kaum.
Perhimpunan Bersih tahun ini adalah yang pertama dalam tempoh 3 tahun,
dengan tema utamanya berpaksi kepada pembaharuan sistem pilihan raya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment