Wednesday, August 26, 2015
Akal Pendek.... Bodoh Tak Bertempat !!! Polis Tahan 17 Mahasiswa Berdemonstasi Depan Parlimen
KUALA LUMPUR : Seramai 17 penuntut universiti yang membuat demonstrasi di
hadapan bangunan Parlimen ditahan polis malam tadi ekoran keengganan
mereka bersurai.
Kesemua mereka termasuk empat wanita ditahan pada kira-kira 10.30 malam
tadi oleh sepasukan polis yang diketuai Ketua Polis Daerah Sentul,
Asisten Komisioner R Munusamy.
Kumpulan tersebut yang menggelarkan diri mereka 'Langkah Siswa'
memulakan demonstrasi sejak petang Isnin lalu dengan mendirikan beberapa
khemah di tepi jalan berhampiran bangunan Parlimen.
Dalam pada itu, Munusamy berkata, polis sudah memberi kelonggaran lebih
24 jam untuk kumpulan pelajar terbabit bersurai, namun tidak diendahkan.
"Perlakuan mereka melakukan demonstrasi menuntut pemimpin negara meletak jawatan adalah satu kesalahan.
"Mereka ditahan mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan, iaitu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment