Segelintir peserta dilihat sengaja membakar dan melontar mercun ke arah pihak polis.
Terdapat juga peserta yang bertindak agresif untuk mengelak ditahan oleh pihak polis.
Tinjauan Rakyat News mendapati pihak pengurusan Sogo mula mengunci pintu utama pusat beli-belah itu kira-kira jam 2 petang.
Ia dibuka semula pada jam 4 petang selepas keadaan terkawal.
Terdahulu, Polis menahan kira-kira 20 peserta Himpunan #TangkapNajib yang melakukan provokasi di perkarangan pusat membeli belah Sogo di sini, sebentar tadi.
Antara yang ditahan termasuk Adun Teja, Chang Lih Kang, Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing dan Pengarah Eksekutif Lensa Anak Muda, Safwan Anang.


No comments:
Post a Comment