Sunday, August 02, 2015
Ada Berani?...PM Cabar Pembangkang Sama-Sama Isytihar Sumber Sumbangan Politik
Ingat balik semalam, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan
Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan cerita panjang mengenai isu wang
sumbangan politik.
Katanya Datuk Seri Najib Tun Razak setuju cadangan SPRM supaya
mewujudkan prosedur lebih telus berhubung wang sumbangan politik
sebaliknya pemimpin pembangkang yang liat.
Hari ini,Sabtu,semasa berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian
Seremban, Perdana Menteri membuat cabaran kepada parti-parti
pembangkang.
Katanya BN bersedia dedahkan sumber sumbangan politik dengan syarat
pembangkang buat perkara yang sama.Najib menegaskan beliau sedia bentang
balik cadangan di Parlimen supaya parti-parti politik mendedahkan
sumber berkenaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment