Monday, August 24, 2015
Buang Sikap Bersifat Semacam Hariimau Di Belakang, Tetapi Menjadi Tikus Pula Bila Di Depan
EDITOR MENULIS...
24 OGOS 2015
Sementara ramai pemimpin UMNO mahu
pemimpin parti itu tidak menjadi pengampu, Yes Man dan sebagainya, ramai
lagi yang mahu UMNO tidak menjadi tempat pemimpin yang cakapnya
mengaum-ngaum macam harimau nak mengawan di belakang tapi bila di depan
Presiden parti, tikus pun lagi besar dari dia.
Tikus biasalah kita cakapkan ni, bukan tikus jenis kat Kota Bharu atau Subang Jaya sana, itu besar kucing dah.
Kadang-kadang tu bukan jauh pun, Jerlun
dengan Alor Setar saja, itupun nada boleh berubah tiba-tiba. Hilang dah
‘cadangan’ versi cari pasal yang awal-awal sudah diputuskan kabinet dan
Majlis Tertinggi UMNO, bila ada peluang berucap depan pemimpin nombor
satu, tidak tercakap pulak apa yang garang sangat tadi tu.
Patut teruskanlah momentum kegarangan
itu, sebab Perdana Menteri juga akan ada peluang untuk beri penjelasan
kenapa 6% kenapa tidak 3%, atau kenapa pemilihan ditangguhkan, kenapa
tidak diteruskan. Dengan cara itu, ahli-ahli UMNO dan rakyat akan dapat
lebih penjelasan sekalipun banyak penjelasan dan sesi penerangan telah
diberikan sebelum itu.
Sepatutnya tiada masalah pun sebab kenyataan
pun dah dibuat tak takut kehilangan jawatan, jadi tunggu apa, balun
sajalah. Tapi bila tak berlaku macam itu, nampak sangat ada yang tidak
kena dimana-mana – masih sayangkan jawatankah? Hanya mereka saja yang
boleh menjawab.
Keadaan ini bagaimanapun perlu berubah
sebab dua-dua ni (pengampu dan penikus) jalan bersama. Tak boleh buang
pengampu tapi penikus dibiarkan membiak secara tidak terkawal dalam
parti, tak jadi apa juga.
Jadi kita perlu jelas dan objektif dalam
hal ini kerana UMNO sekarang berdepan dengan cabaran yang bukan-bukan.
Orang dah tak boleh beza pengampuan dengan kesetiaan, yang melawan
selalu dianggap besar dan juara, yang mepertahankan institusi sering
kali dianggap kecil dan hina.
Fikir-fikirkanlah ya...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment